Assalamualaikum admin KRT . Sebelum tu terimakasih sebab siarkan kisah saya. Saya bukan nak cerita pasal suami saya , tapi pasal mak mertua dan ipar2 perempuan saya.. saya baru 7 bulan berkahwin dan duduk bersama mak mertua saya.. cuma yang saya nak cerita kat sini, ada ka dalam dunia ni ada orang semalas2 sampai tak boleh bawak bincang ? Serius saya tak pernah jumpa orang macamni.. mula2 saya okay ja masuk takda fikir apa2 pun pasal semua ni.. lama2 saya pelik.. saya cerita part mak mentua dulu.. mak mentua saya ni jenis yang smbahyang tak tinggal pergi ceramah agama dan mengaji dekat pondok2.. dan banyak join kebajikan.. tapi yang saya pelik. dapur tak pernah berasap dari saya kawin smpai sekarang tak nampak dia masak ada pun boleh kira 2 3 kali min..
Aku l hari 2 kali masak min.. bila aku masak aku laa hidang aku la kemas . Dah aku masak dorang cedok makanan tumpah2 periuk lauk tak tutup rapat.. ish kalau aku kan, aku akan tutup bagi rapat sebab aku ni jenis sakit mata tegok benda kotor dan bersepah.. makanan dah tak habis tak buang simpan dalam peti ais aku la yang amik buang smpai dah busuk ada ulat.. dapur mentua aku masa first aku masuk kawin haritu ya allah semua benda kat dapur busuk ada ulat taik cicak bersepah bersawang.. Allahh.. sibuk apa benda sangat weh sampai biar jadi macam tak ada orang sentuh langsung dapur tu.. dapur dah la kotor aku masuk terus aku operate dapur mentua aku.. memang aku sakit mata nak masak pun geli masa tu. selamber badak ja aku baru lagi aku dah kemas lantak apa dia cakap…
belum cakap bab anak prempuan dia ada 5orang.. aku ingt kot laa boleh membantu.. ya allah semua nya pemalas satu apa pun tak pandai buat.. masayaallah mertua aku tak ajar ka semua ni aku tepuk dahi . Sekli dengan anak prempuan dia pemalas pengotor subahanallah.. aku asyik mengucap berdoa supaya aku tak buat dosa mengumpat dalam hati.. baik suami aku dengan yang angah tu bagus balik tau bersih tau jaga semua tolong laa ya allah.. perempuan semua belajar asrama weh , dah besar panjang kot.. dah boleh kawen orang kata.. baju dekat ampaian seminggu sidai seminggu angkat malas lipat . Air masak aku buat habis.. dah habis tolong la buat lain ni biar tong air kosong kering takda air sekarang ni aku buat air aku masuk botol dalam bilik . Hampa nak mnum hampa buat sendiri . Sampai tahap aku jadi berkira dengan dorang .
Ya allah kadang2 aku takut sangat aku berdosa.. suami aku anak sulung min dan aku dah tak ada ayah mentua sebelum kawen lagi dah men!nggal.. sekarang aku mengandung min.. orang mengandung ni biasa la pagi awal2 dah lapar aku memang tak larat min pagi2 nak masak.. Aku minum susu tengah hari aku bangun ingtkan dorang dah masak ka apa eh dorang ni tak reti lapar ka? Satu apa pun tak dak setiap hari wehh.. setiap hari aku yang masak kalau aku tak masak semua kebulur.. yang pelik bila aku masak dorang pndai pula makan aku ingat tak reti nak lapqr ka apa ka.. suami aku banyak membantu aku dalam smua hal.. kalau dia tengok aku diam tu dia tahu apa aku sedang fikir.. dia masak dan kemas dapur kalau aku cakap aku tak larat nak masak.. dan dia yang masak sedangkan ada adik prempuan dan mak.. mentua aku sihat walfiat lagi min kuat lagi min.. memang duduk rumah rileks ja min.. takda buat apa min.. tapi aku pelik masak tak mau kemas tak mau heran aku…
Aku ada bincang dengan suami pasal ni.. tapi aku faham keadaan dia sekarang sebab dia menanggung semua termasuk hal sekolah dan rumah, dan memang lambat untuk kami dapat rumah atau sewa rumah.. kalau sewa dia akan jauh dengan mak adik2 sampai yang nak tengok adik2 dia sebab tanggung jawab dia.. dan aku semampu habis untuk faham situasi dia.. kadang2 aku tak mampu nak cakap aku hanya menangis dekat dia.. dia cuma cakap sabar , nanti ada rzeki kita buat rumah lain.. dan dia ada cakap dia tak boleh nak tgur melebih sebab tu mak dia.. dan aku fikir betul apa dia cakap.. tapi min masalah nya tak tegur lagi melampau.. aku harap warga KRT tolong doakan kesabaran aku.. dan doakan aku semoga aku cepat dapat rumah.. tak lama lagi baby nak kluar doakan aku supaya aku tak stress .. terimakasih admin




