Salam min mohon hide profile fb saya tq
sekadar ingin meluahkan perasaan dan meminta pendapat warga krt tq..
saya seorang ibu yang telah kehilangan seorang anak lelaki saya sejak dia mendirikan rumah tangga sedih hati ini allah saja yang tahu.. hubungan dengan menantu memang bermasalah tak pernah baik saya pun tak tahu nak buat apa lagi anak pulak semakin menjauh memenagkan isteri dia sentiasa.. bayangkan selama mereka berkahwin memang susah menantu saya nak bertandang ke rumah hari raya pula jangan cakap la memang tak pernah beraya pun dirumah saya, ada pun sekali masa baru berkahwin dulu tu pun 6 tahun lepas selebihnye memang anak saya akan ikut isteri dia..
macam² alasan la anak cipta nanti saya iyakan je la nak cakap lebih tak boleh pendam je la macam biasa.. macam² isteri dia cari keburukan saya cakap saya macam² anak pulak iyekan saja apa kata isteri dia tak kisah pun apa isteri dia buat kat saya.. saya pun tak tau apa masalah menantu saya ni tapi dia memang kuat buat perangai sejak bertunang dulu silap sikit mintak putus tapi dah anak nak sgt berkahwin dengan dia saya turutkan jugak la,ingt kan dah kawin semua akan ok tapi hubungan saya dengan anak pula semakin jauh dan anak sentiasa menangkan isteri.. isteri dia cakap saya macam² tapi anak diamkan sahaja..
saya tak tau la pulak kalau anak orang lain kalau dah dpt isteri kalau isteri dok mengata mak dia, dia boleh diam macam anak laki saya ni.. menantu saya betul² angap saya ni macam musuh dia..hati saya memang betul² hancur dengan anak menantu saya tolong lah saya apa patut saya buat.. menantu saya ni depan orang memang nampak baik seamat pandai berlakon buat cite sedih toksah cakap la balik orang yang tak tahu cerita memang akan cakap saya puncanya tapi apa yang saya buat saya tak pernah buat apa².. cuba kalau mak mentua orang lain kalau menantu buat perangai macam tu lama dah kena tapi saya tak bising tak marah hanya mampu simpan dalam hati sampai tak tertangung perit yang amat sgt..
sebelum mereka berkahwin dulu setiap kali gaduh yang perempuan ashik je mintak putus tunang skang ni bila dah kawin bila bergaduh asik mintak cerai itu pun masih nak salahkan saya padahal satu apa pun saya tak buat tak kacau pun rumah tangga mereka ashik saya dipersalahkan.. kadang² kesian kat anak saya tapi dia pun tak nak buat apa² ikutkan je rentak isteri dia, anak saya ni memang tak berani nak cakap apa² dengan isteri dia memang ikut rentak isteri dia je..anak cakap banyak hati nak kena jaga tapi hati saya yang hancur ni sapa pulak nak pedulikan, sampai satu tahap saya ada pergi berjumpa dengan beberapa ustaz untuk tengok2 kan anak saya takut² diapa² sebab perangai anak makin menjadi² sejak kebelakangan ni fizikal dia pun dah berubah dari seorang yang berisi dah jadi kurus cengkung..kesemua ustaz yang saya jumpa semua cakap memang menantu saya ni ada bg sesuatu untuk anak saya turutkan saja kata dia dan jauhkan anak dari saya..entah la nak percaya benda² macam ni jatuh syirik pula nanti..Apa yang patut saya buat kalau betul anak saya telah digunakan benda² kotor dengan isteri dia,masih boleh berubat ke! apa yang dia dpt kalau dia buat macam tu mohon pendapat dari warga krt sekian




