Assalamualaikum admin siarkan lah cerita aku supaya jadi pengajaran..
kisahnya bermula apabila suami aku kenalkan kawan gim perempuan yang ada 3 anak dan bersuami lebih 3 tahun yang lalu.. Aku dah berumahtangga 14 tahun ada anak 13,12 dan 3 tahun. Aku jadi rapat dengan idah kemana saja aku pergi holiday dan keluarga sebelah suami dia mesti ikut.. Aku sentiasa tanya tentang keizinan suami ida dan dia cakap suami dia busy kerja dan golf so aku percaya tapi rupa-rupanya itu hanya penipuan, dia dan suami ada skandal, kantoi suami cakap mereka dah bernikah sindiket.. Allah sedihnya aku. Setelah berbelas tahun kami bersama, perniagaan keluarga aku serahkan dekat suami, segalanya aku korbankan, rupanya mereka menipu. Ida adalah janda. Sekarang aku bermadu dengan dia kawan baik aku sendiri tikam aku, berniat tidak baik dan tidak ikhlas. Pada mulanya aku redha, walau sedih, aku cuba untuk terima, tapi sikap Idah yang sentiasa kurang ajar dengan aku dengan kata-kata yang kurang enak seperti fitnah aku bomohkan suami, cakap aku cuba nak bunuh diri demi tarik perhatian suami, suruh aku cari bahagia..
Suami dan keluarga pulak sentiasa salahkan aku, cukup lah aku tertekan dengan segala hutang dan 2 perintah mahkamah atas kegagalan suami membuat bayaran pinjaman, belum lagi kakak suami tuntut hutang dan mengatakan aku harus sama tolong.. Cukup lah kamu semua buat aku bdoh. Hati aku dah keras sekarang kerana kekejaman kamu berdua yang buat aku seperti tak ada hati perasaan. Apa yang kamu berdua buat cukup2 sakit dengan kata2 kamu cakap ni balasan sebab aku angkuh, sombong dan kuku besi. Buat Suamiku S, dan maduku fidh kamu berdua dah tipu aku, tikam aku, lukakan aku, pergunakan perniagaan aku, dari aku mengandung kau buat skandal checkin sana sini, kau bawa aku dan anak2 holiday tapi sebenarnya ada niat tak baik, aku diherdik kerana kepentingan kamu padahal aku minta tolong ambil anak, aku jaga perniagaan tapi aku dituduh ambil duit,maaflh hati aku dh tertutup untuk kamu berdua,
aku minta undur diri suami kata dia nak aku gila, dia nak siksa aku kerana lari dari takdir. Hanya Allah yang mengatahui segala perbuatan kamu yang kalau aku tulis tak kan cukup ruang. Salah ke aku minta dilepaskan? Bukan aku tak pernah dipukul, bukan aku tak pernah dihina, bukan tak pernah suami nk tikam aku, bukan tak pernah suami ugut untuk tikam bapa aku, tapi keluarga dia marah bila aku report polis. Salah ke aku? Maaf aku dh tak bahagia begini..Orang yang ganggu rumahtangga aku keluarga kamu sokong, apa baik sangat dia dimata kamu semua padahal dia seorang smoker? Kamu zalimi aku, InSyaAllah ada balasan kamu..idah, kau boleh sakiti aku.. kau boleh ketawa sekarang, esok lusa siapa tau.. Jangan bahagia atas air mata orang lain, kau pun pernah merasai kan bekas suami kau buat hal yang sama..Buat suamiku maaf aku takkan bantu kamu lagi, cukup dengan pengkhiatan kamu aibkan aku dekat semua orang. Kamu sentiasa menangkan dia. Kamu kata dia naif. Aku akan tuntut fasakh waima tebus talak pun aku sanggup. Aku sanggup susah senang dengan suami tapi dia tipu aku hidup-hidup.




