Assalam, Umur aku baru 22tahun , dah nikah dan sekarang sedang sarat ngandung anak pertama tapi tak sah taraf. Mula2 aku decide nak gugur kan, tapi suami aku tak bagi dia cakap dah2 lah dengan dosa yang aku dan dia buat. Sampai sekarang aku masih jaga dengan baik budak ni walaupun family aku dan family dia sorang pun tak tahu yang aku ngadung. Sebelum kawin sampai lah sekarang kewangan aku dan dia memang cukup2 untuk kami berdua, aku nampak perubahan dia sejak lepas akad nikah rajin solat , rajin jugak dia ajak aku solat berjemaah,kalau ada masa lapang dia akan ajak aku solat kat masjid atau surau sebab nak dengar ceramah.
Dia seorang suami yang sangat baik, pernah satu hari tuh kami berdua tersentap dengan ceramah yang diajukan tapi kami tak ada lah nak belah macam tuh je, kami suami isteri sedar kesilapan yang lampau. Sebelum ni aku bekerja dan dia tak kerja hampir 3 bulan sebab kilang yang dia kerja tuh muflis dan segala perbelanjaan bayar kereta, sewa rumah dan belaja harian aku tanggung. Aku dah puas cari kerja tetap untuk dia tapi tak ada rezeki lagi dan dia hanya tolong kawan2 dia kat pasar malam, aku bersyukur sebab dia bukan yang jenis nak duduk rumah walaupun duit yang dia ada masa tuh cukup untuk tampung harian aku bersyukur sangat.
Satu hari tuh tetiba aku pengsan dan hampir2 keguguran sebab aku tak cukup makan, baby pulak tak cukup khasiat. So doktor bagi nasihat supaya banyak rehat dan jangan buat kerja berat2 dan aku diberhentikan kerja sebab boss aku tak nak ambik staff yang selalu mc. Aku dah buntu mana lah nak cari duit bayar kete, sewa rumah dan belanja harian. Suami aku pulak baru je dapat kerja dan semalam mak aku call yang kereta aku nak kena tarik sebab 4 bulan tak bayar(mak aku sebagai penjamin)dan malam tadi juga tuan rumah minta aku segera keluar rumah sebab 2 bulan tak bayar duit sewa.
Allahuakbar, semalaman aku tak dapat tidur sebab fikir macam mana nak bayar hutang2 ni sume dalam minggu ni. Setiap kali solat aku doa mesti menangis mengenangkan nasib aku , suami dan anak aku yang akan keluar tak lama lagi. Aku dah berhabis gadai dah, cincin rantai dan masih tak cukup lagi nak bayar hutang2 aku. Aku dah malu nak pinjam duit kat kawan2 aku. Dan sekarang aku nak buat pinjaman pada wang berlesen, hanya itu jalan terakhir yang kami ada. Jujur aku cakap aku tak mampu nak jaga budak ni lepas dia keluar. Akan aku hantar rumah kebajikan atau bagi orang, ye ibu mana yang tak sayu dan tak sayang kan anak tapi aku terpaksa buat sume ni, lagi pun aku akan berpantang dengan suami aku. Barang2 baby satu pun aku tak beli lagi sebab kewangan kami cukup2 untuk makan harian kami, aku dan suami hanya makan sekali sahaja sehari sebab tuh tak cukup nak beli barang baby.
Kadang2 aku teringin juga nak minum susu untuk baby, scan baby dan minum atau makan suplement untuk baby tapi kami tak mampu nak beli tuh sume. Aku kesian baby ni sebab tak dapat rasa macam mana baby lain dapat. Tapi aku sedar yang aku tak mampu dan berharap dia keluar cukup sifat dan sihat. Aku memang berat hati nak lepaskan baby ni, tapi bila fikir balik aku dan suami hanya sekdar cukup2 makan saja tak mampu nak jaga dia. Perlu ke aku letak dia di jabatan kebajikan? Atau ada tak orang yang sudi jaga dia???




