Assalamualaikum min.. Hide kan profile saya…. Luahan hati yang dah lama terpendam… Kami adik beradik ok je sebelum ni.. Tapi bila si abang yang kedua tu kawin dengan bini yang lebih kurang sebaya je dengan aku… Aku tak kesah sangat…. Layan macam biasa je.. Kalau orang layan kita baik kita pun layan orang baik.. Tapi yang tak boleh tahan perangai bini abang aku jenis talam dua muka Sebab dia abis aku dibuang keluarga… Sebab dia mak kandung aku sanggup tak nak ngaku yang aku ni bukan anak mak.. Mak halau aku sebab aku tak nak mengalah salam dengan btina tu……
Kerana dia abang kandung aku sanggup maki hamum aku hina aku macam2… Puncanya sebab aku sound bini dia dalam group wsssp family.. Semua jadi saksi tapi semua buat pekak tuli je…. Semua backup btina tu.. Aku ni jadi orang asing…. Sedih hanya Allah yang tau…ok korang fikir logik tak sebab aku benci giler dengan bini abang aku tu Punca dia macam ni Aku ni jenis bisnes jual food delivery… So ada customer nak order kat area tempat yang abang aku tu duduk.. Pastu aku wssp la secara personal dengan bini abang aku tu.. Tanya elok2.. Bagi salam.. Just tanya nak order menu sekian2.. Bukan paksa dia dia beli pun cuma tanya je.. tak nak takpe aku takkesah pun…
Tapi mana akhlak dia.. Orang wssp bagi salam elok2.. Dh bluetick… Dah baca tapi dia buat bodo jek… Pastu malam tu kami adik beradik borak la dalam group wssp sembang2 pastu tiba2 muncul lak bini abang aku tu….. Pastu aku saja la tanya macam ni… Ehh elok pulak henpon.. Ingat rosak… Sebab tak balas wssp siang tadi. Tu bukan perli tapi soalan.. Ntah dia fikir aku perli dia gamak nya.. Pastu dia melenting dia reply wssp aku macam mulut puaka.. “apa ko fikir keja aku ni nak ngadap henpon je ke.. Banyak lagi keja lain aku nak buat… Asyik aku je nk beli barang korang korang tak pernah nak beli barang aku”… Haaa!! Dia reply macam tu.. Apa lagi geram la aku..
Orang tanya elok2 terus jawab macam tu.. Aku pun sounds la balik… Bini dia brlajar tinggi… Aku cakap la ko blajar tinggi tapi adap tak ader.. Akhlak tak ader… Pastu gaduh la jap dalam group wssp tu… Ada la kakak2 yang baca tapi semua jadi tunggul… Last aku balas ” ok lah aku mintak maaf la kalo aku kasar bahasa dan aku maafkn lah perangai budak2 ko tu…”.. Ingatkn dah settel kat situ.. Rupanya apa ntah dia mengadu kat laki…. Malamm tu laki dia kol aku terus maki hamun aku macam aku ni dah pelempang bini dia… Macam harey!!!!.. Siap ugut nak datang rumah Aku la nak cederakan aku nk bnuh aku adik kandung dia sendiri hanya kerana aku tegur sikap bini dia yang mulut puaka tu
Lepas tu siap pesan kat aku jangan bagi tau mak pasal ni Aku ni kenangkan nak jaga hati mak supaya tak risau aku pun senyap la.. Rupa depa awal2 dah pi cucuk mak aku dulu ntah apa fitnah depa leparkn reka cerita sampai mak aku percaya.. Sedih gilerr rasa… Ehhhh mmg anjang giler kalo nak citer kat sini pasal btina tu… Memang spesis talam dua muka… Lepas gaduh tu boleh plak buat muka tak berdosa kat mak aku adik beradik aku seolah2 aku yang buat salah kat dia.. Mak kakak2 aku paksa aku salam dan mintak maaf kat dia.. Mana tak lah aku nak buat…
Pompuan plastik tu sampai bila2 la aku benci kat ko… Ada laki pun jenis tak reti nak tegur bini… Bini buat salah pun main ikut je.. Citer ni dah dua tahun berlalu dan sampai sekarang btina tu tak reti2 nak mintak maaf kat aku.. Dia rasa hebat sebab ramai keluarga aku backup dia… Start dari tu aku dah benci dengan adik beradik aku…. Lama dah simpan citer ni tak citer kat sape2 pun.. Kalo citer pun bukan orang nak percaya….so kali ni biarlah aku tempek kesah benar ni kat sini…. Biar jadi pengajaran… Masuk dalam keluarga orang hormatilah ahli keluarganya jangan jadi onar….sangat




