Assalamualaikum min..tolong hide profile aku min.Aku ingin berkongsi kisah aku pada ahli2 krt.. Aku bercinta lebih kurang 5 tahun.. kahwin 10 tahun… isteri aku panas baran.. aku bukan la suami yang sempurna macam orang lain.. dalam 10 tahun berkahwin aku di tipu banyak kali.. tapi aku maafkan.. kami di kurniakan 2 orang anak… segala kerja rumah aku bantu.. makan pakai aku tanggung.. setiap minggu aku ke pasar beli lauk untuk seminggu siap cuci simpan peti ais untuk senang isteri aku masak sebelum aku keluar buat kerja partime…. isteri aku masak ape pun aku tak kisah janji boleh mak n.. isteri aku pantang pun aku jaga… baju pun aku lipatkan,,baju kerja dan baju sekolah anak aku gosokan..,
dia bekerja dan aku pun bekerja… kadang tu lepas isteri dan anak2 tido aku kemas rumah.. ye aku suke keluar malam minum teh tapi dalam diam isteri aku buat keputusan tanpa izin aku… tak hormat aku..tak dengar cakap aku… pernah kantoi beberapa kali berhubung dengan bekas kekasih setiap malam waktu aku keluar kerja partime…. aku maafkan sebab anak… kalau dia nak balik kampg aku izinkan sekiranya aku tak dapat balik sebab kerja.. ayah dia men!nggal pun aku mandikan jenazah walau pun dia ada anak lelaki.. suatu hari selepas dia pulang dari kmpg aku rasa taksedap hati sampai aku exsident.. sehingga dia meminta cerai sebab dah tak boleh hidup dengan aku… masa tu hati aku hancur…
Aku cuba baiki hubungan dengan bawak isteri aku ke pejabat agama untuk kaunsling tetapi dia tetap dengan pendirian nya.. aku hubungi mertua aku untuk nasihatkan tetapi hanya janji… 3 bulan aku bertahan seumpama macam orang asing.. aku minta isteri aku failkan cerai tetapi dia enggan sebab aku tahu dia saya nak orang tahu dia yang ingin bercerai… aku mengalah dan aku lepaskan… aku tinggal kan segalanya dan anak2 aku saya tuntut.. harta pencarian aku tak tuntut..selang seminggu aku becerai aku nak ambil anak dan ingin bermalam sehari di hari minggu tetapi aku di halang.. kemudian mertua aku call marah kerana aku nak ambil anak.. masa tu baru aku tahu yang mertua aku tak suka pada aku dan habis semua keluarga aku di hina… lepas pada itu niat untuk untuk aku rujuk dah tiada…
Sehingga sekarang aku tidak tahu punca dan apa kesalahan aku…. dan sehingga sekarang aku tak dapat bermalam dengan anak2… raya pun tak dapat bersama…anak2 nak call pun saya dibenarkan kecuali aku yang call.. mertua buruk2 kan aku depan anak2… aku mula kan hidup dr 0 sebab aku tak ambil hak aku kerana semua itu untuk anak2.. bisnes aku bersama dengan isteri pun aku tak tuntut… ini la ujian aku dari Allah melalui isteri aku.. Kepada makcik2 bawang ape pendapat anda? terlalu banyak cerita tentang lelaki.. hari ini aku cerita kisah aku..




