Assalamualaikum admin. Sebelum saya bercerita dengan lebih panjang. Diharap admin hide profile saya, terima kasih.
Saya seorang gadis berumur 35tahun yang baru mendirikan rumahtangga dengan seorang duda anak 4orang. Kami tinggal bertiga bersama2 dengan anak perempuan suami yang bongsu (berumur 15tahun). 3orang lagi anak suami tinggal berasingan kerana masing2 telah bekerja.
Persoalan Pertama : Anak Bongsu Suami.
Saya sebenarnya tak faham dengan anak suami. Setiap kali kami (suami isteri) bersembang, dia akan datang dan terus tukar topik tentang perihal dia. Bila suami suka saya pakai dress, dia pun terus beli dress dan bila nak keluar saya pakai dress, dia akan soal saya kenapa pakai dress tiru dia. Bila jiran senyum pada saya, dia marah jiran tue kenapa senyum kat saya. Bila suami takde. Dia akan cakap dengan saya dengan cara terpekik terjerit meskipun saya depan dia. Pernah sekali migrain saya datang, dia menjerit tepi telinga saya, ya allah saya tak tahu nak cakap, saya menangis dalam hati. Dia pernah cakap pada saudara mara suami yang dia tak nak adik. Adakah saya nie sekadar pengasuh?
Persoalan Kedua :
Ex-wife.
Saya tak berapa arif tapi boleh ke jika ex-wife minta belanja dengan ex-husband untuk diri sendiri. Nafkah anak2 sehingga umur berapa? Sebab anak2 suami 3orang lagi semua sudah 25tahun ke atas melainkan yang bongsu tinggal bersama. Baru2 nie saya dapat tahu suami nak beli kereta untuk ex-wife, sebagai seorang isteri saya terasa hati walaupun sikit. Saya rasa macam ex-wife seakan2 madu saya tapi bukan. Saya juga pernah terbaca wassap suami dengan kakaknya yang dia akan jaga ex-wife selagi ex-wife belum berkahwin lain. Apakah maknanya tue? Saya buntu, sedih. Sedangkan saya disini ditugaskan jaga anak bongsu. Siapa saya dimata anaknya? Dimata suami? Adakah sekadar pengasuh? Sebagai isteri diatas kertas?
Saya cuma terfikir 2pilihan nie :
1) cari kerja supaya tak terlalu fikir
2) cepat hamil agar suami sedar tentang kehidupan baru
Atau sahabat2 diluar sana ada pendapat/pandangan lain. Saya harap sahabat2 dapat membantu saya. Sekian, terima kasih.




