Salam admin. Tolong siarkan. Tq hide profile. Saya terasa hati dengan suami. Dulu beriya2 nak kahwin dengan saya. Sampai keluarga dia halang pun dia nak dengan saya. Sampaikan 3 bulan sebelum nikah suami sakit sebab dihantar sihir pemisah Mak dia pernah panggil saya betina hina fitnah saya macam2, cuba sihir. Sebab mak dia jenis syirik dan percaya benda khurafat.
Lepas kahwin kami berbaik aje lah dengan keluarga suami, sampai bila nak putus silaturahim. Saya pun mengalah, sabar, lupakan kisah mak dia hina, fitnah, maki saya walaupun mak dia tak pernah minta maaf pada saya dan saya 2, 3 kali pernah minta maaf pada mak nya dulu. Sekarang mmg sudah berbaik lah.
Tapi saya terasa hati dengan suami. Dia layan saya teruk, tak faham perasaan saya. Tak ingat dengan apa yang keluarga dia pernah buat pada saya dulu. Tak hargai saya sebab saya sanggup pergi rumah keluarganya banyak kali, masak, borak2, ikut apa suami nak.. Keluarga lelaki tak pernah sekalipun datang kerumah keluarga saya sejak kami kahwin. Dua tahun tempoh perkahwinan. Kahwin pun keluarga lelaki tak ada sorg pun datang. Saya sangat terasa hati.. sedangkn keluarga saya banyak tolong dalam perkahwinan kami. Suami saya seolah2 tak hargai dan lupa.
Saya kesian mak ayah saya.. kesian mereka sebab anak mereka kahwin dengan lelaki jenis tak fikir perasaan kami semua dan anak mereka terpaksa menangis di dalam hati. Luar nampak happy, hati sangat sedih. Mungkin bagi dia cukup dia berbaik dengan keluarganya. Tapi tak ingat dan faham perasaan saya yang dah saya lalui sebelum2 ini. Macam2 halangan dulu, nak cerita memang drama dan seksa sangat. Saya tak rasa org lain boleh lalui apa yang saya lalui. Sampai tahap saya tak nak kahwin dengan dia dulu, sebab apa yang keluarga dia dah buat. Tapi dia beriya2 nak kan saya. Saya sedang hamil dan sangat tertekan.
Saya rasa nak berpisah, rasa hidup seorangan lebih bahagia dengan mak ayah saya. Daripada saya asyik makan hati, terasa, tertekan dengan semua ni.. Apa pendapat semua??? Saya bukan nak buka aib..saya tak ade tempat untuk luahkan.. Suami dah berubah perangai.. Saya tertekan..




