Assalamualaikum admin. Tlg sorokkan identiti aku ye. Tq admin. Kepada warga KRT tolong la bagi nasihat dan pendapat atas apa yang aku lalui ni. Selalu aku baca kisah orang je tapi harini aku nak share kisah aku. Bukan untuk buka aib atau cari salah sesiapa tapi ambik la kisah ni sebagai teladan. Jangan jadi macam aku membabi buta ikut cakap adik beradik, mak bapak padahal diorang rupanya berhati hitam! Lastnya aku yang menyesal. Tapi tak ada gunanya. Semua dah terlmbt. Aku betul2 rasa bersalah.
Aku ni kategori beruntung sebab bini aku jenis yang tak berkira, dulu masa dia kerja dia banyak bantu aku, famili aku. Tak penah lagi aku dengar dia merungut pasal nafkah. Seposen pun aku tak penah hulur. Kata aku, aku dah bagi izin dia keja tu dah kira bagus. Dia sanggup ambik cuti tanpa gaji untuk jaga mak aku. Bukan seminggu dua tapi sebulan. Sebab dia nak cover aku, dia tak nak adik beradik bercakap aku ni tak ada tanggungjwb. Mana dengan ada anak kecik, tapi dia sanggup. Aku tak penah nampk ikhlasnya dia jaga mak aku. Kalau aku pun belum tentu aku nak main taik mak aku sdiri tapi bini aku sanggup Mak aku ni dalam sakit mulut dia boleh tahan.
Setiap kali balik keja mak aku mesti mengadu kata bini aku jaga dia tak elok, kasar. Aku jenis tak soal siasat dah terus maki bini aku. Apa yang aku perasan, setiap kali gaduh dia tak pernah melawan, dia diam menangis. Pastu bila balik kampung mak aku akan bercerita pada semua yang bini aku buat macam2 kat dia. Diorang pun percaya bulat2. Akak2 aku kata kenapa orang macam ni kau buat bini. Jaga mak pun tak boleh. Tak layak dipanggil menantu. Dah semestinya la aku masak blah diorang. Diorang tak bagi dah bini aku sentuh mak aku. Bini aku tetap setia sabar ikut aku balik kampung walaupun orang2 kat sana layan dia nak tak nak. Allah itu maha adil, lama mana manusia boleh sabar. Allah tunjuk dan bayar cash! Anak2 sdiri pun tak sanggup nak jaga mak. Sebab mulut mak. Benda yang tak ada diada2kan. Sekali dua orang sabar tapi kalau dah kau terlantar tapi mulut masih marah maki orang siapa yang tahan?
Aku mengaku aku ni baran. Orang luar aku layan elok tapi bini aku tengking2. Balik kerja aku tak penah tanya dia, tak penah sembang dengan dia. Yang aku tahu komplen tak kena itu ini. Anak kena gigit nyamuk pun aku bodohkan bini aku. Ya, aku pentingkan diri sendiri. Aku tak penah pikir hati dan perasaan bini aku. Aku sakit dia tak tidur pantau apa yang patut. Bila dia sakit aku tak ambik peduli. Aku anggap dia sakit biasa2 dan mengada. Bila aku tidur, dia kejutkan aku untuk solat subuh, untuk makan, untuk pergi keja aku jerkah2 dia. Bila pikir balik aku buat dia dah macam orang gaji dlm rumah sdiri.
Sampai satu tahap, aku sebdiri terkejut dan terduduk bila bini aku mengamuk. Mungkin dah tak tertanggung amarah yang selama ni dia pendam. Dia luahkan segalanya. Dia tunjuk segala msg yang adik beradik aku hantr kat dia. Aku tak penah tahu pun. Yang selama ni diorang hantr msg marah2 kat dia. Lastnya dia minta aku lepaskan dia. Betul juga cakap bini aku, kalau dimata aku asyik nampk kesalahan dia, kelemahan dia buat apa lagi dia jadi bini aku. Yang buat aku lebih terharu rupanya dia simpan rapat2 aib aku kat keluarga dia. Bila aku hantr dia balik rumah mak bapak dia, mak bapak dia terkejut. Diorang cakap eh tak penah pulak cerita apa2 atau tunjuk tanda2 ada masalh dalam umah tangga. Dia siap puji aku dan keluarga aku. Memang nampk muka dia kecewa sangat, benci ya amat kat aku. Sekarang tengah proses penceraian kami. Dia tak nak tuntut apa2, nafkah anak pun dia tak nak cuma dia minta aku lepaskan dia dengan baik dan dia nak jaga anak kami. Aku setuju.
Nak menyesal pun dah tak berguna, Mustahil akan dapat sama macam dia juga. Itu lah bila dah dapat yang baik tak reti hargai. Buta mata, buta hati. Aku doakan kehidupan dia lebih tenang dan bahagia lepas ni. Dapat pengganti yang lebih baik dari aku.