Assalamualaikum admin, mohon hide identiti saya ye. Sebenarnya saya dan isteri bakal bercerai tak lama lagi. Kisahnya bermula setelah saya beberapa bulan tidak bekerja kerana menjaga anak kami yang masih bayi. Saya kerja dirumah sahaja, membuat perniagaan kecil2an dan isteri pula berkhidmat dalam jabatan kerajaan. Selain itu, isteri juga bisnes, dan saya support dari segi tenaga. Bila isteri tak sempat untuk uruskan, saya akan mengambil alih tugasnya.
Pendapatan saya tidak seberapa memandangkan perniagaan sekarang tidak serancak dahulu. Namun, isteri banyak memahami saya sebelum ini dan bantu dalam menyelesaikn bil2 yang ada. Saya pulak, support dalam melakukan kerja2 rumah. Saya masak, cuci pakaian, uruskan anak2 setiap pagi dan jaga anak bila malam agar isteri saya dapat tidur lena. Kadang2 bila bisnes saya okey, memang saya tak pernah miss untuk hulurkan duit pada isteri saya. Kadang2 bila tak okey, saya hanya mampu menyediakan makan minum sharian sahajaa untuk kami skeluarga. Tentang kerja, sudah puas saya memohon namun masih belum diberikan rezeki.
Kisah berlaku sebulan yang lalu apabila saya terpaksa berehat dari berniaga kerana menjaga anak kedua saya yang masih bayi yang ketika itu sakit dan tidak sesuai untuk ditempatkan di taska. Saya korbankan perniagaan saya demi menjaga baby kami. Dalam masa yang sama saya turut menguruskan rumah, dan juga menghantar anak sulung saya ke tadika. Pada minggu pertama, isteri yang menghantar dan mengambil, tapi setelah saya fikir mungkin dia rasa terbeban, saya decide untuk hantar dan ambil anak saya ke tadika dengan bawa baby skli. Dalam tempoh menjaga baby saya, isteri saya yang banyak berkorban sgala2nya untuk kluarga kami, sampaikan kadang2 saya rasa sangat malu. Tapi silap saya sebab terlalu selesa ketika itu, saya mula kehilangan semangat untuk berniaga, dan memang bergantung pad isteri saya sepenuhnya.
Saya tahu saya memang tak guna, tapi at least saya banyak support buat kerja rumah dan tak pernah sesekali bergoyang kaki. Saya bangun seawal2 pagi dan tidur selewat2 malam. Namun, isteri saya tidak berfikir sebegitu, dia anggap saya sebagai seorang yang pemalas dan tak suka berusaha untuk majukan diri saya. Pada suatu hari, dia gertak saya meminta untuk saya lepaskan dia. Ya Allah pd masa tu memang hati saya diibaratkan seperti dilanda badai.
Puas saya memujuk, dan dia tampak sangat nekad. Jadi bagi elakkan dia daripada memohon fasakh, saya bersetuju untuk melepaskn dia dengan baik tapi sebagai tukaran, saya minta tempoh selama 3 bulan sehingga anniversary kami yang ke6. Dalam masa yang sama, saya meratapi kesalahan saya pada isteri. Benar, sangat banyak kesalahan saya pada isteri. Selain rasa malas dan tak serious dalam perniagaan, saya juga sebenarnya kadang2 mengabaikan nafkah untuk isteri saya, dalam masa yang sama saya terlalu selesa dengan kehidupan sekarang.
Tapi bila difikirkan balik saya rasa macam tak adil apbila isteri saya memohon untuk dilepaskan bagiitu sahaja. Katanya dia sudah tawar hati. Tapi tuan2 puan2 seklian, walaupun saya begini, saya tak pernah abaikan tanggungjwb saya pada rumah, smuanya saya buat. Masak, cuci pinggan, basuh baju, jemur baju, cuci lantai mop lantai, tukar cadar, pendek kata smua saya buat. Isteri saya skdr berehat sahaja dirumah setelah habis kerja. Even dalam pantang pun saya yang jaga isteri saya sampai la habis. Saya tak kisah buat smua tu, sebab saya tahu saya tak mampu dari segi nafkah.
Kini hubungan kami jadi tidak sesempurna dahulu, kadang2 bila saya persoalkan tentang penceraian ini, isteri jadi marah dan kami bergaduh. Puas saya pujuk saya rayu, berdoa pd Allah. Semuanya kerana nak mempertahankan rumahtangga ni. Saya turut berharap dalam tempoh 3 bulan yang ada ni isteri saya akan berlembut hati. Namun dalam masa yang sama saya bersedia untuk sebarang kmungkinan yang ada. Saya cuma fikirkan anak2 yang sedang membesar, dan saya pun sudah berjanji akan berusaha dalam perniagaan dengan sungguh2. Tapi tu la, hati isteri saya masih lagi keras. Kemanisan telah hilang dan saya tak salahkan isteri saya dalam hal ni. Saya yang bersalah.
Sesungguhnya bila diuji begini saya jadi insaf, saya sedar dan mula untuk berubah. Cuma sekarang walau apa pun usaha yang saya lakukan, isteri saya tetap menafikan hatinya pada saya. Saya belikn bunga, bawa jalan2 kadang2 cuma throwback memori masa bercinta dulu pun berakhir dengan hampa. Saya buntu, adakah saya patut bersedia untuk melepaskan dia? Atau patut saya tawakkal pada Allah dan terus pujuk hati dia selagi masa yang ada ni? Mohon pandangan warga KRT smua. Btw saya memang sangat sayaangkn isteri saya, dan spanjang berkahwin walaupn bergaduh saya memang takkn miss cium dahi isteri saya walaupun sehari.
Kami dlu berkahwin masa masih belajar, dan bina smuanya dr 0. Cuma rezeki menyebelahi isteri, berkat dia yang selalu support saya dan tidak menyebelahi saya.
terima kasih atas pandangan positif kalian smua.




