Assalamualaikum admin and rakan KRT, tolong hide profile saya. saya sebenarnya tak pernah menceritakan kisah rumah tangga saya dengan sesiapa pun. Mahupun ibu bapa sendiri. Selama ni saya pendam. Sebab saya takut dilaknat Allah. Jadi saya selalu mengadu denganNya. Tetapi akhirnya makan hati. Oleh kerana saya tengok banyak rakan berkongsi kisah hidup mereka, izinkan saya kongsi cerita saya .
Saya sekarang hamil 3 bulan. Ini anak kedua. Kalau cakap tak bahagia tak kan ada anak kedua lah kan? Tapi ini perbezaan nya. Masa saya ada anak seorang saja sebelum ni. Semua okay. Sebab saya ada routine sendiri tiap hari. Tak pernah mengeluh dan letih. Sebab sudah biasa. Tapi sejak kebelakangan ni. Baby no 2. Pregnancy ni buat kan saya sangat letih. Selalu letih hingga emosi saya terganggu selera makan saya tiada. Tapi saya tetap tidak mengeluh.
Sehingga hari ini, saya betul2 penat. Bangun tidur terus rasa letih. Bila suami saya balik tengah hari, saya selalu sambut dia dengan senyuman selalu tanya macam mana kerja hari ini. Anak pertama kami ni rapat dengan ayah dia. Sejak saya pregnant no 2 dia taknak dengan saya, dia nak ayah dia je. So bila ayah dia turun kerja dia menangis cari ayah dia. Bila ayah dia balik terus ok. Suami saya tak faham tu. Dah anak kedua dia tak faham yang pregnancy pertama dan kedua takkan sama.
Pregnancy pertama dulu saya selalu cergas bangun jam 6 pagi tiap hari active sangat Tapi baby no 2 ni saya tak langsung active. Entahlah macam lemah je. Jadi bila dia balik tadi. Dia tiba2 cakap saya ni letih balik kerja banyak kerja tadi. Saya faham kerja dia berat. Tapi saya terus sentap. Habis saya ni tak letih? Dia tak pernah tanya apa saya buat hari ini . Sampai bawah mata dah jelas hitam pun tak tanya. Dia cakap bagai dia seorang je yang letih. Saya pun tak tahu macam mana nak jelaskan dengan dia yang saya pun letih. Jaga baby sambil buat kerja rumah lagi ada baby dalam perut ni sangat meletihkan. Tak tau pulak macam mana nak explain dengan dia.
Saya sedih. Saya taknak bedosa dgn suami. Tapi saya ingin dia faham yang saya ni pun boleh letih juga. Ingin juga rehat walaupun sejam. Tu saja dari saya. Sekurang2nya ringan sikit rasa sedih bila sudah meluah macam ni. Terima kasih admin dan rakan krt .




