Isteri mana sanggup terima bila suami melayan perempuan yang cukup sempurna..memang aku akui selepas aku bersalin anak kedua badan aku mula naik..dah mencecah 80 kg..semalam suami aku tertinggal telefon…aku check wassap dia..bergetar habis jantung aku bila baca satu satu wasap diaorang..sedih dan terkilan bila suami ajak dia berzna..
dan perempuan itu sanggup dan akan berkhawin jika mengandung..
hati mana tak sakit bila suami mengaku duda padahal dia dah kahwin dengan aku hampir 4 tahun..hari ni kami bergaduh.. disebabkan semalam aku telah call perempuan dan marah2 kan dia dan perempuan tu telah mengadu pada suami..suami telah memaki hamun kat aku dan bagitahu kat aku supaya cermin diri.. dia tak sedar slama ni aku telah banyak keluarkan duit untuk dia..gaji aku hanya 20 ringgit sehari..dia langsung tak keluarkan duit untuk beli barang dapur dan pampers anak..




