Saya nak cerita tentang kakak ipar saya yang kerek dan hipokrit. Sebelum itu, saya berusia 29 tahun, masih bujang, ada degree m CGPA above 3.0, sudah bekerja, gred 41.Di tempat kerja, saya ini kira level bos (junior). Kalau dah nama bos (even junior), faham-fahamlah kan, kerja banyak dan kadang-kadang stress.
Kebaikan saya, saya jenis yang tak berkira duit. Kalau ada orang nak pinjam duit, saya okay. Orang nak minta tolong bawa ke mana-mana pun saya tak kisah. Saya juga utamakan mak dan keluarga saya. Kelemahan saya, saya tak suka buat kerja rumah, tak suka memasak, tak suka kemas rumah. Nobody is perfect.
Abang saya pula seorang businessman, kakak ipar pula kerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta. Semenjak sudah bekerja, saya tinggal dengan abang saya dan dia okay sahaja tetapi kakak ipar macam tak suka saya. Buktinya? Setiap kali masak pagi, petang atau malam Dia jarang nak panggil saya makan sekali walaupun dia memang masak lebih untuk saya. Tetapi berat mulutnya nak memanggil saya untuk makan. Abang saya juga yang panggil.
Hari itu, abang saya tegur yang saya tak basuh pinggan. Alah, 1-2 pinggan saja pun nak berkira. Ini mesti kakak ipar yang bawa mulut. Kakak ipar juga jarang nak bersapa dengan saya di rumah dan Kalau dia rasa nak tegur dia tegur. Kalau tak, dia diam saja. Saya tertanya-tanya, apa salah saya? Sebab saya tak tolong dia memasak ke? Atau sebab saya tak tolong buat kerja rumah ke? Sebab saya bangun lambat hujung minggu ke?
Semua ini bukan saja-saja sebab saya rasa dia tak suka saya. Sebab itu saya elakkan diri dari berjumpa dengan dia. Selepas mereka dah siap makan, barulah saya makan. Baik kan, saya? Tak ganggu privasi rumah tangga abang saya walaupun kakak ipar sangat kerek.
Satu lagi, kerja saya di pejabat banyak. Hujung minggulah peluang untuk saya nak berehat ke apa. Lagipun kakak ipar saya ini level kerani saja. Kerja mudah, susun fail, ikut arahan bos. Lain tahap stress dan beban otak berbanding saya. Dia perlu faham perkara ini. Bagi peluang saya untuk release stress di rumah. Ini tidak, di pejabat stress, di rumah pun stress dengan sikap kakak ipar yang tidak menentu itu.
Kakak ipar saya ini, di depan abang dia baik saja. Pagi petang malam dia masak dan buat air untuk abang saya. Saya tengok abang saya langsung tak buat kerja rumah. Masak pun macam-macam tapi itu dengan abang saya. Dengan saya? Jangan harap dia nak buatkan air untuk saya. Saya tak basuh pinggan pun dia buat muka. Baju saya bukan dia nak angkatkan. Dah abang saya letak cawan semua merata, boleh pula dia terima.
Saya ini siapa? Saya kan adik ipar dia? Layanlah saya seperti mana dia melayan abang saya. Dah kahwin, jangan terima lelaki itu sahaja tetapi terima juga keluarga dia. Maaf, sekadar nak meluah rasa. Buat wanita di luar sana, kalau kahwin itu terimalah kelebihan dan kekurangan keluarga suami awak. Jangan nak berkira sangat dengan ipar duai. Sekian terima kasih.
Memanglah ipar perlu menerima kelebihan dan kekurangan keluarga pasangannya, namun bukan meminta layanan melampau dan tidak sedar diri seperti ini. Wanita yang dikatanya kerek itu adalah kakak ipar, bukannya orang gaji yang perlu memberi layanan diraja pada individu ini.





August 8, 2018
Katakanlah adik bertukar tempat dgn kak ipar tu, bolehkah adik layan dia sebagaimana adik nak dia layan adik dgn ikhlas?
September 27, 2018
Daripada penceritaan awak ni, bagi sy awak yg kerek. awak banding kan kerjaya dia dan kerjaya awak, dan awk demand utk layanan yg sama mcm mne dia layan abg awak (suami dia).. kamon laaaa, dia penat buat kerja2 rumah tu, sebab tu 1-2 pinggan x terbasuh tu pun dia akn berkira. I would do the same if I were your SIL..haha
cuba awk buat sorg2 kerja2 rumah tu, lepas tu awak rasa la, penat x penat kak ipar awk tu. lepas tu awk nk komen mcm2 kat kak ipar awk tu silakan. baru la apple to apple punya comparison.
Bg saya kak ipar awk dah lakukan yg terbaik dlm tugas dia sbagai isteri, dia x perlu pun nak layan awk mcm mana dia layan abg awak sbb awak hanya adik ipar.
awaklah yang patut tolong dia buat kerja umah.
dan awk ckp, dia kerja kerani saja n level stress x mcm awk? this is another thing i cannot digest, hanya kerana awk rasa awk stress kerja maka awk perlu dilayan seperti seorang puteri oleh SIL awk? duh..dia bukan hamba sis..dia seorang yang bekerjaya dan seorang isteri jugak. awk ingt kerani tu bukan kerjaya? jgn la pandang rendah pd kerjaya seseorang hatta cleaner sekalipun.
Maaf kalau awk terasa, tp you should go and check yourself, u are the one who’s got problem here.
October 28, 2018
Ko yg kerek. Dah duduk menumpang, berbudi bahasa sikit. Budi bahasa x perlu kira ko kerja bagus ke kerja x bagus, ko blaja tinggi ke tak. Apa ko pakai, kemas la sendiri, basuh la sendiri kot ye pon malas. Org lain pon penat jgk. Dia bkn org gaji. Dia layan laki dia xpela. Laki dia bg dia nafkah zahir batin, tugas dia senangkan hati suami. Ko nak buat la sendiri.. Dia masakkan sekali pon dah cukup baik dah dia..tak berkira. Tp dah mkn pandai2 la kemas.
Sapa x sakit hati, dah bg pinjam duduk tp kena jd org gaji plk.
Atleast kemas aje apa yg ko pakai aje..dah cukup membantu. Jgn ingt ko bos kat semus tempat. Belajar rendah diri sikit. Kita bukan siapa2..