Assalamualaikum sy cuma nak luahkan bukan nak aibkan suami sy atau mana-mana pihak.. saya seorang suri rumah selepas suami sy memintak untuk berhenti kerja.. sepenuhnya di kedai .saat saya disahkan mengandung tuhan saja tahu bersyukur kerana sy beriya mahukan zuriat dan sy usaha bermacam cara sy amalkan untuk dapatkan zuriat akhirnya dengan keizinan Allah swt sy mengandung..
waktu sy mengandung tiada alahan cuma keletihan yang terlalu luar biasa dr sebelum ni.. sy dia beri arahan oleh suami agar urusakan kedai pada suatu hari perkerja tiada sy harus masak A-Z walaupun daya sy sudah terlalu letih saat itu sy terkilan saat sy memberitahu suami yang sy terlalu letih cuma kata-kata dia adalah ‘macam awak seorang saja buat kerja orang lain tak buat kerja ‘ menitis air mata ketika menjamah nasi. Tapi demi suami sy gagah walaupun penat. Tapi pada malam itu tanda2 keguguran sudah muncul brown spot keseesokan harinya sy terpaksa refer ke GH dan di beri ubat tahan sakit dan di beri tempoh 5hari untuk berjumpa pakar sakit puan.
Dalam keadaan sy sakit sy hanya mampu berdiam lalu membuatkan suami sy terlalu marah kerana keesokan harinya ada order untuk 35pax sy tak mampu berbuat apa saat itu lalu membuat suami sy terlalu marah dan memberi tahu ibu mentua sy hal ini.. saat ibu mentua sy datang dan cuba bercakap sy masih tidak tahan dgn kesedihan yg berlaku selepas itu suami sy terlalu marah dan tak dapat menahan amarah lalu mengeluarkan kata2 kesat dan ingin memukul sy..
selepas itu mentua sy mengatakan jika keadaan macam ini lebih baik bercerai hati saya saat itu bertambah hancur lalu sy ambil keputusan untuk cari ketenangan dan balik rumah ibu saya lepas beberapa jam ibu mentua whatapp saya ‘mama tak ajar anak mama kutip perempuan yang keluar malam’ hati mana tak kecewa ibu mentua mengeluarkan kata-kata itu .
keesokan hari saya keguguran dan saya memberitahu suami dan mentua mereka hanya endahkan sy dan sy selesaikan sendiri di wad dan pulang berpantang di rumah ibu sy sampai sekarang tiada siapa pun datang melawat saya.. bg saya duit bukan segalanya saat ini hanya bertanyakan khabar sudah memadai sebagai suami..sy terkilan dengan mereka yang selalu mengatakan sy mereka anggap umpama anak bukan menantu tapi cara inikah kereka layan sy.. sy tidak dibenarkan balik kerumah ibu sy sedangkan ibu sy dengan rumah sy hanya 15minit saja..
Suami sy lupa saat sy bersusah payah selama ini untuk mencapai impian suami utk buka cafe dan apabila dia dh maju sedikit dia terlalu kejar wang dan abaikan kesakitan sy alami..
Inikah yang dikatakan
“Bersusah susah bersama bersenang senang bersama?”
Sekarang suami hendak mceraikan sy.
pengajaran kat sini
1) jangan masalah rumahtangga jangan kongsi dengan ibu bapa sebab lama-lama dari wangi akan jadi busuk.
2)bila marah jangan keluarkan perkataan kesat terhadap pasangan
3) jangan memukul
4) selalu perbaiki kesalahanan masing2 jangan mengikut emosi
Semoga Allah memberi hidayah buat suami sy dan mentua sy…




