Assalamualaikum pembaca KRT yang dihormati sekalian.. Mohon hide profile fb saya. Terima kasih. Saya sudah berkahwin selama 6 tahun atas dasar suka sama suka. Saya berusia 26 tahun manakala suami, 29 tahun. Kalau dicampurkan dengan dari mula bercinta, kira-kira sudah 10 tahun hubungan kami berdua.
Perkongsian hidup bersama suami telah menghasilkan dua orang cahaya mata(4 tahun dan 1 tahun) kedua-duanya adalah lelaki. Alhamdulilah, hidup kami sekeluarga sangat bahagia walaupun tidak sesenang orang lain. Saya bekerja di company swasta, begitu juga suami saya yang bekerja sebagai welder. Gaji kami berdua apabila digabungkan hanya kira-kira RM2k lebih sahaja.
Bayaran kereta, hutang loan, barang keperluan anak-anak dan berkongsi membeli barangan dapur membuatkan gaji kami berdua tidak mencukupi sehingga ke hujung bulan. Untuk pengetahuan semua, saya sekeluarga masih tinggal dengan mak ayah saya. Mak sayalah yang menjaga kedua anak saya. Sudah tentu jugalah saya harus memberi upah kepada mak saya walaupun dia tidak meminta. Tiada masalah tentang duduk serumah. Semuanya baik-baik sahaja.
Yang saya hendak kongsikan di sini, tentang suami saya. Dia seorang yang sangat penyayang, selalu sabar dengan semua dugaan. Tiada tanda-tanda dia ada perempuan lain. Dia selalu menghargai saya walaupun badan saya agak berisi sekarang..haha.. Pendek kata, Tidak berubah layanan terhadap saya. Dalam fon dia semuanya berkaitan dengan kerja, kereta idaman dan juga dia amat meminati dunia memancing.
Seperti yang tuan dan puan tahu. Masalah kewangan yang menjadi kekangan dalam hidup kami sekeluarga. Hujung minggu kalau suami ada diajak oleh rakan sekerja mencari duit lebih memasang aircond di rumah orang, dia pasti akan menerima duit cash walaupun tak banyak. Setelah balik ke rumah, dia hulurkan semuanya pada saya. Cuma dia hanya meminta duit untuk beli rokok sahaja. Saya sudah tentu gembira. Menghargai pemberiannya walaupun tak seberapa. Saya bersyukur.
Dia tidak pernah membelakangkan saya dan anak-anak. Makan pakai anak-anak cukup walaupun dirinya sendiri tersangat jarang membeli barang keperluannya asalkan isteri dan anaknya tidak berlapar.
Waktu tidur malam, saya tenung wajah suami Terserlah kepenatan di wajahnya Saya sayu mengenangkan suami saya yang berhempas pulas bekerja mencari sesuap nasi. Bekerja di tengah-tengah panas. Saya akan mencintainya sepenuh jiwa raga saya walaupun dalam keadaan yang sukar sekalipun. Kadang-kadang saya menangis melihat wajah suami beralih pada wajah anak-anak. Sungguh,, hati ibu mana yang tidak sayui. Kalau diikutkan, ingin sekali saya melimpahkan kemewahan pada ketiga-tiga buah hati saya. Suatu hari nanti, belum tiba masanya. Sabarrr..
Tetapi saya amat bersyukur dan di antara yang bertuah memiliki suami dan anak-anak saya. Bersusah dahulu,, siapa tahu di masa akan datang hidup kami akan senang suatu hari nanti.Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati seorang ibu. Saya bukan hendak meraih simpati, cuma meluahkan betapa bertuah dan bahagia hidup ini jika suami isteri saling memerlukan tidak kira susah senang. Percaya pada pasangan. Ego jangan tinggi melangit. Pasti hubungan kita akan kekal selama-lamanya. Aminnnnnnn….




