Assalamualaikum admin & warga KRT.
Mohon admin siarkan luahan hati dan pertanyaan saya ini. Saya berumur 30an. Saya ada seorang ex bf (encik S) ni saya tak boleh lupa sampai bila2.
Jujur saya katakan masih ada perasaan sayag pada S tapi apakan daya saya sudahpun berkahwin dan dia juga telah mempunyai pilihan hati sendiri. Ada kala terserempak di office membuatkan perasaan rindu itu semakin dalam. Apakah kami masih ada jodoh?
Si dia belum berkahwin atau mungkin tak akan kahwin kerana bila bersama saya dulu, saya tak nampak pun usaha dia nak mengahwini saya walaupun kami da terlanjur. begitu juga dia bersama pasangan yang sekarang.
umur dah makin tua pun belum kahwin lg. Dengar khabar,, gf dia yang sekarang mungkin hanya jadikan tempat buang bosan sementara tunggu jodoh yang betul kot sebab kalau betul hubungan serius,, kenapa belum kahwin lg betul tak?
Yelah laki mana yang nak dgn perempuan free h4ir,, ded4h aur4t, apa jer dia tau kan. Yang saya tak puas hati bila saya tengok dia tukar profile picture fb dia gna gambar bersama dengan perempuan tu sekarang.
tak malu ke bergambar sama tapi belum kawin lg. Dgn saya dulu tak pernah sekali pun picture saya dipost di fb. Kalau tak salah saya,, dgn ex gf dia yang sebelum saya pun tak pernah dia nak post pic bersama..
Yang menjadi persoalan saya sekarang ni apa hebatnya perempuan tu sampaikan dia boleh post picture berdua bersama?
Saya siap pakej tutup aurat semua dia tak pandang pun nak jadikan isteri. Dgn gf yang sekarang ni beriya pula. Tapi hati saya kuat mengatakan yang dia masih sayang saya sebab dia masih lg bekerja di tempat yang sama bersama saya sini..
Mungkin kerana encik S tak sanggup nak berpisah pandangan dr saya kalau berpindah kerja ke tempat lain. Boleh bg pendapat tak saya nak tahu kenapa dia boleh post pic bersama gf yang sekarang ni sedangkan dgn saya dulu tak pernah dia nak buat benda yang sama.
Apa sebenarnya yang lelaki nak dari perempuan. Atau pic tu bukan dia yang pos. Tapi perempuan tu yang pos. Tolonglah. Huhuhu