Assalamualaikum admin. Tolong hide profile saya ya. Saya baru berkahwin lebih kurang 7 bulan. Sekarang ni saya pregnant dan tunggu hari nak melahirkan. Tapi suami saya taknak terima kandungan saya. Bagi diorang saya terlalu muda utk mengandung.
Dan sbb diorang taknak sbb saya as student. Btw umur saya 23tahun dan masih belajar. Skrg ni suami mcm nak jauhkan diri dari saya, hari ahad lepas dia pernah kantoi keluar dgn ex tunang dia. Saya sendiri nampak sambil berpegangan tangan.
Untuk pengetahuan semua pada awalnya tunang nya yang nak putuskan hubungan sebab saya hamil anak suami, dia cakap taknak ada apa2 hubungan dengan suami, tapi sekarang? Dia makin rancak melayan chat suami. Keluar ke hulu hilir tanpa rasa malu, dan dia juga sengaja menunjuk kepada saya kalau dia rapat dengan mertua dan keluarga suami.
Malam semalam mil saya ada bagitahu saya suami minta mil pergi merisik kembali ex tunangnya hanya tuhan yg tahu perasaan saya saat ni. Tadi pagi pula, suami saya ada bagitahu yg dia akan tetap berkahwin dgn ex tunang dia dan dia mahu ceraikan saya lepas mereka bertunang.
Berat hati saya warga krt. Apa yg perlu saya buat? Sampai hati suami saya buat saya macam ni kalau dia taknak terima kandungan saya, kenapa dia sentuh saya mohon pencerahan warga krt.