Assalamualaikum admin dan semua pembaca KRT. Aku cuma nak bagi nasihat kpd semua rakan-rakan pembaca yang mungkin ada masalah dgn keluarga MIL atau ipar duai, biras dan yang sewaktu dgn nya. Aku tahu memang susah kita nak elakkan benda macam ni. Walaupun kita pun sakit hati dengan perangai MIL, nak tak nak kita tetap kena hadap jgk. Walaupun duduk berasingan ke, balik serahun sekali pun tetap jugak kena jumpa kan, dah mak suami. Mertua ni, kalau dia tak suka, taik tu jugak yang di nampak.. benda yang baik yang kita buat pun tetap yang busuk jgk yang di korek-korek dan di keluarkanya.
Aku ni dah 15 thn kawin. Mertua aku ni aku rasa lagi puaka, lagi jahan*m dari yang mungkin korang hadapi. Mertua aku ni Ustajah, Hajah …. tiap-tiap thn pergi Umrah dgn berjubah, bertudung labuh. tapi tu luaran yang org nampak, dalaman dia org lain tak tahu. Yang tahunya aku lah yang dh lama tinggal sebumbung dgn dia. Dah la amalkan benda khurafat…. sanggup amalkan ilmu setan untuk buat suami muda dia syangkan dia. Org lain taktau.. kononnya dia ni baik, alim, ustajah.. tapi hakikatnya. dari teruk dari kita yang jahil ni. Aku ni bkn lah alim sgt tapi takpernah aku percaya dgn bnda khurafat ni.
MIL aku ni pernah bomohkan aku untuk pisahkan aku dgn suami aku. Ustajah beb.. Ustajah tapi sanggup buat benda sekutuk itu untuk puaskan hati dia. Tapi aku kuat min.. aku kuatkan semangat aku lawan ‘sakit ‘ dlm diri aku ni. Aku cuba pertahanakan rumahtangga aku demi anak2 Alhamdulillah suami aku baik cukup syangkan aku dan anak2 aku. Dia tahu mak dia begitu bencikan aku… aku bersalin, aku berpantang sorang2 min…. takde sapa peduli. Hanya suami aku yang setia di sisi aku. MIL aku ni langsung takpeduli dgn aku, anak aku nangis dia masuk bilik hempas pintu… bising katanya… aku hadapi semua. Aku yatim piatu sjk kecil lagi, aku dh biasa lalui semua itu.. aku berdikari… nak buat jahat kat aku, buatlah tapi jgn usik anak2 aku.
Dari kecik MIL aku takpernah peduli dgn anak2 aku, sekarang anak2 aku dh meningkat remaja. Amboi bila anak2 aku dh besar pandai pula dia buat2 baik…. nak suruh anak2 aku layan dia la, nak suruh anak2 aku buat tu buat ini. dulu kecik2 takpeduli pun. Aku ajar anak2 aku, jgn rapat dan terlalu baik dgn MIL aku ni iaitu nenek diorang sebab aku kenal perut pedal dia macam mana. Baik2 ada makna. Dia skrg dh tua dh.. kdg2 masuk hospital.. saja nak suruh anak2 aku jaga dia lah tu. Dulu anak2 aku di ckpnya bodoh !!! Macam2 di maki hamunnya.. skrg bila dh besar jgn harap aku biarkan dia buat anak2 aku kuli dia..
Dulu buat macam2 nak suruh aku dan suami bercerai berai tapi aku pertahanakan rumahtangga kami sehingga hari ini. Duit dia dh habis kena kikis dgn laki muda dia, bila dh takde apa2 baru sekarang nak buat baik dgn kami anak beranak… aku takkan maafkan dia yang pernah sihir aku sampai mati pun….
Aku nak nasihatkan korang, kalau korang ada mertua yang jahat yang memang nak memecah belahkan rumahtangga korang. Korang jgn sesekali mengalah.. tapi pertahanakanlah selagi boleh ! Kalau kamu bercerai lagi dia suka, malah memang itu yang dia nak. Aku dulu selalu gaduh dgn suami.
Waktu kami bgaduh tu lah mertua aku ni selalu masukkan jarum untuk cucuk2 suami suruh ceraikan aku. Tapi suami sabar…. marah macam mana aku@suami kami selalu muhasabah diri dan cari punca masalah kami dan selesaikan bersama. Dan selalunya punca perbalahan kami ada dari mertua dan suami muda mertua aku ni. Tak cukup cucuk suami dia racuni fikiran anak2 aku dgn cerita buruk tentang aku. Cerita rekaan yang entah dari mana dia cedok.
Aku menyesal sgt setuju untuk ikut suami pulang ke kg halamannya. Itulah kesilapan terbesar yang pernah aku buat. Tapi aku pasrah dan redha… sekurang-kurangnya aku kenal hati perut MERTUA aku yang bergelar Ustazah dan Hajah ni.
Untuk pengetahuan semua Mertua aku ni cukup di kenali pernah mewakili negeri dalam pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan dan selalu menjadi Johan Qariah. hebatkan? Hebatnya luaranya. Tapi hakikatnya hati busuk lebih dari bangkai. Dgn penampilan yang cukup muslimah tapi .. hati busuk mengalahkan bangkai.. sanggup merosakkan rumahtangga anak sendiri. Tapi alhamdulillah Allah masih melindungi dan pelihara rumahtangga kami sehingga kini.
Anak2 aku dah semakin besar, mertua aku pula sekarang dah semakin uzur, tapi dlm hati dia tu aku takpasti adakah sdh berubah atau masih lagi bencikan aku….
Kalau dia sdh bertaubat dan berjanji untuk berubah dan takkan mengganggu rumahtangga kami, aku bersedia memaafkannya.. Tapi hakikatnya aku lihat, masih sama dan tiada perubahan pun… kdg2 aku nampak dia cam nak berbaik je dgn aku dan anak2…. tapi bila dtg biras aku, menantu dia yang sorang lagi…. tetiba mendung balik hubungan kami.. Aku taktahu sampai bila aku harus bersabar…. aku harap suatu hari nanti aku, suami dan anak2 aku dapat membina hidup baru di tempat lain… jauh dari mertua aku… itu je aku harapkan….
Aku cuma pernah berkata kepada suamiku. ‘ Abang. kalau di takdirkan suatu hari nanti kita pindah, saya nak balik semenanjung.. saya nak kita tinggal jauh dari mak abang.. kalau abang nak balik jenguk mak abang. balik la saya takmarah dan takkan halang. tapi, saya takkan jejakkan kaki ke rumah mak abang lagi, dan saya takkan izinakan anak2 saya jejakkan kaki mereka ke rumah itu lagi. ” Suamiku hanya diam sahaja. Ok min.. tq
Itu ja yang aku nak share