Pengakuan dari saya insan yang berdosa, saya tahu ramai pihak yang akan mengec4m saya tapi saya rasa saya perlu kongsikan kisah saya ini supaya boleh menjadi iktibar kepada wanita-wanita di luar sana. Saya seorang isteri yang mempunyai suami yang baik bertanggungjWab tapi selalu sibuk dengan kerja. Kadang2 sabtu ahad pun kerja. Saya kat rumah sorang2 dan saya bosan.
Kisahya semasa buat live tiktok jatuh cinta dan telah berhubungan dengan suami orang tapi semua ini terjadi kerana saya terpedaya dengan tipu hel4h lelaki tersebut. Sebelum saya terlibat dengan semua ini, saya memang dah sedia maklum dia sudah berkahwin dan saya sangat membataskan hubungan kami.
Saya tak pernah terlintas untuk jatuh cinta pada dia. Namun disebabkan kenaifan saya, saya jatuh juga dalam per4ngkap lelaki ini. Mungkin kerana lelaki ini tahu kelemahan dan kesunyian saya. Dia tahu saya tak akan mudah-mudah untuk keluar dengan dia sebab dia tahu saya tak akan keluar dengan suami orang.
Jadi pada suatu malam, lelaki ini mereka cerita kononnya dia terlibat dalam kem4l4ngan dan memerlukan bantuan saya. Kerana kenaifan dan kebod0han saya, saya ikut kemahuan dia dan pergi ikut dia pada malam itu.
Namun dia membawa saya ke tempat lain. Dia memujuk saya untuk cuba sesuatu yang telarang “d”. Kerana sesuatu itu akan membuatkan saya tak akan menolak dia. Saya takut dan tak tahu apa patut saya buat, saya mengikut saja. Akhirnya malam itu, saya tewas dengan god4an lelaki ini.
Sejak dari hari itu, hidup saya kembali kelam. Tapi dia tak terus meningglkan saya, dia masih ada bersama saya pada hari-hari berikutnya. Kerana rasa terikat, saya menjadi rapat dengan dia dan akhirnya muncul satu perasaan yang tak sepatutnya wujud. Saya semakin hari semakin sayang pada dia.
Saya tahu saya tak patut ada perasaan itu tapi saya juga manusia biasa yang lemah dengan perasaan sendiri. Namun saya bukan lah per4mp4s. Tak pernah sekalipun terlintas dalam fikiran saya untuk merosakkan rumah tangga orang.
Walaupun lelaki ini selalu mengadu hal rumah tangga dia pada saya, saya tak pernah mengh4sut dia supaya berpisah dengan isteri dia. Kerana terlalu sayang, saya turuti segala kehendak lelaki itu. Tapi hati saya ni sering mengingatkan saya bahawa apa yang saya lakukan adalah salah keranak saya masih isteri orang.
Maka saya melarikan diri supaya kami tidak meneruskan hubungan terlarang ini. Namun hati saya tak cukup kuat, lelaki ini masih tetap nak bersama saya. Setelah dia bosan dengan saya, dia menolak saya dengan alasan , dia tak sanggup nak terus melukakan hati saya. Saya terima alasan itu sebab saya tahu memang kami bersalah.
Tapi itu hanyalah alasan dia untuk melepaskan saya, dia masih mencari-cari m4ngsa baru. Dia memang seorang yang sukakan perempuan. Dia cuba mendekati ramai kawan-kawan perempuan saya. Hidup saya merana mulai saat itu. Mungkin ini balasan untuk saya.
Lama kelamaan hubungan kami dapat dihidu oleh isterinya sehingga ahli keluarga lelaki itu datang mencari saya. Mereka merasakan bahawa saya adalah isteri kedua. Saya sedih kerana semua itu salah, lelaki itu tak pernah berniat memperisterikan saya. Saya hanyalah tempat dia mendapatkan bantuan wang (yang suami berikan) dan pu4skan n4fsu dia.
Ramai kawan-kawan lelaki itu datang kepada saya menasihati saya supaya lupakan dia kerana mereka tahu siapa lelaki ini. Saya beranikan diri berhubung dengan isteri dia. Rupanya bukan saya seorang m4ngsa permainan lelaki ini. Saya sedih tapi saya tahu saya juga silap.
Saya rasa bersalah dengan isteri dia, isterinya seorang yang baik dan kuat. Saya memohon maaf pada isterinya dan saya menceritakan segala yang berlaku pada saya. Bukan niat untuk mengeruhkan lagi keadaan tapi untuk kami sama-sama tahu di mana silapnya.
Suatu hari kawan perempuan saya mengadu bahawa dia diganggu oleh lelaki ini dan didesak untuk berjumpa. Saya dan isterinya berpakat untuk melihat perbuatan lelaki ini. Isteri dia sedih melihat perangai lelaki ini di belakangnya, mereka berpisah waktu itu.
Saya rasa terkilan seolah-olah mereka berpisah adalah disebabkan saya. Lelaki ini sangat marah pada saya dan mem4ki saya. Saya redha, saya tak kesah dia b€nci saya kalau hal ini boleh membuatkan dia sedar.
Dalam masa yang sama saya cuba memujuk isterinya supaya memberi peluang kepada lelaki ini dengan harapan apa yang berlaku dapat menjadi iktibar. Sejak dari kejadian itu, kami memang tidak berhubung lansung dan saya melihat dari jauh kehidupan mereka.
Alhamdulillah, mereka bersatu semula. Saya lega kerana saya betul-betul tak akan tenang kalau mereka berpisah. Berbulan-bulan saya cuba melupakan lelaki ini tapi tak Berjaya. Saya sendiri tak tahu kenapa saya sayang sangat pada dia sedangkan saya tahu saya lansung tiada dalam hati nya.
Hari-hari saya bersedih mengenangkan nasib diri saya yang sering dipermainkan. Tapi saya tak pernah tunjukkan kesedihan saya pada sesiapa kerana saya tahu orang diluar sana tetap akan menyalahkan saya. Suatu hari lelaki ini muncul kembali dan memberikan kata-kata manis.
Kerana terlalu rindu, saya tewas sekali lagi. Tetapi saya sedar lelaki ini hanya memerlukan sesuatu dari saya iaitu wang. Kerana dibutakan dengan kasih sayang, saya turuti sahaja. Tapi hubungan ini tidak lama kerana saya tak pernah Nampak jalan untuk kami berdua.
Saya tak sampai hati untuk mer4mpas hak orang lain. Saya kuatkan hati untuk lepaskan dia. Saya block dia di semua media social. Dia juga setuju, mungkin dia dah dapat apa yang diperlukan daripada saya.
Setelah beberapa bulan, saya unblock dia semula namun saya tidak menghubungi dia kerana saya sudah berjanji untuk tidak menghubungi dia lagi. Lagipun saya rasa bersalah dengan isteri nya. Isterinya sangat baik dengan saya. Kami kadang-kadang ada berbual-bual melalui whatsapp.
Suatu hari saya telah menghantar pesanan ringkas pada lelaki itu di instagram tapi selang beberapa hari lelaki itu menghubungi saya dan saya gembira tetapi lelaki ini masih seperti dulu.
Masih ajak saya jumpa dan kami terlanjur lagi tapi masalahnya sekarang saya tengah mengandung entah anak siapa. Tolong lah. Apa perlu saya buat?