Cerita bermula begini. Kami berkawin pada usia yang sangat muda. Di awal perkahwinan, memang bahagia. Kami hidup sederhana n si dia kerja ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Sehinggalah saya mengandung anak kedua, suami mula buat perangai. Hisap d4d4h dan buat s4mun. Hati isteri tetap terima even berat. Sampailah satu hari, dia ketahuan ada perempuan lain. Budak tu saya kenal.
And dia menafikan. Buat pertama kali, saya dipvkvl, hanya kerana cuba menegakkan benang yang basah. Saya yang teraiaya dan dalam pantang telah berdoa, supaya suami diberi hidayah dan keinsafan dan diberi hukuman setimpal untuk perbuatannya.
Selang sebulan, suami ditangkap dan dipenjarakan selama 5 tahun. saya berjanji akan terus menunggu dia.Too bad, saya mungkir janji saya. Saya terpengaruh dengan dunia bebas. Disebabkan saya berkahwin awal, saya tak dapat merasa usia remaja.
Sewaktu suami di dalam penjara bertungkus lumus perbaiki ilmu saya leka dengan dunia saya. saya mungkir janji saya. Saya terlanjur dengan ramai lelaki, suami org, bujang, duda, semua saya cuba.
Sehinggalah hari pembebasan suami saya, ketika itu, saya nekad nak bercerai. Hari yang sepatutnya saya gembira, telah saya rosakkan semua. Dan akhirnya, kami buat haluan masing-masing.
Puas keluarga nasihat saya. Kami tidak becerai, kerana dia tak mahu lepaskan saya. Kecewanya suami saya yang pulang dengan ilmu hanya Allah yang tahu. Saya seronok dengan life bebas saya.
Setahun berlalu tiba2 rase rindu yang teramat sangat saya hubungi suami hanya untuk mendengar suara dia dan dia ajak saya berjumpa Ya Allah terkeut saya lihat suami sekarang, dia dah mula dekatkan diri dengan Allah, dia janji nak berubah dan saya bagi peluang.
Selepas itu kami jalani hidup rumah tangga dengan bahagia, suami rajin solat, belali2 khatam Al quran, dan tak lupa memberi nafkah, selalu mengeluarkan perkataan sopan. Apa saya nak semua dia kan usahakan.. Terkelu lidah bila suami kasi peluang kedua. Saya hamil anak ketiga.
Lepas saya lahirkan anak ke 3, bekas lelaki yang saya kenali menghubungi saya mengatakan rindu kepada saya. Dengan hasutam sy4it4n kami terlanjur lagi. Alhirnnya Allah bals semua perbuatan saya.
Perbuatan saya kantoi dengan suami akhirnya suami terus berubah jadi Kaki perempuan sana sini, hisap d4d4h semula and paling teruk saya selalu dipukul. Setiap kali dia pukul, saya beri peluang dan munasabah diri mengatakan ini pembalasan utuk perbuatan saya dulu.
Penjara jadi rumah kedua. Keluar masuk berulang kali. Saya sedih dan kecewa. Allahu.Paling menyedihkan, saya dipukul teruk dalam pantang, bila saya tangkap dia berbog€l dalam rumah saya bersama perempuan lain.
Rumah dipenuhi dengan d4r4h. dan saya hanya dipandang sinis oleh perempuan tersebut. Mana pergi hati perempuan kau??Ya Allah, pembalasan apakah lagi. Inikah ujian yang Allah turunkan diwaktu saya bermuhasabah diri. Kisah kami berlarutan sehingga umur anak 3 tahun. Dia masih keluar masuk penjara, masih dengan kaki permpuan.
Badan saya makin teruk jadi tempat pukulan.. Waktu nie, hidup dah senang. Kerana itu perempuan bertukar ganti ibarat tukar baju. Kelab malam tiap hari dikunjungi. Saya hanya mampu berdoa dan berdoa. Plus, saya sering ditinggal bersama anak2.
Walhal dia berpoya-poya tinggal serumah dengan perempuan silih berganti. Kerana sayang dan keb0d0han ini saya bertahan. And tak pernah sekali pon saya bercerita keburukan dia pada family saya. Sehinggalah suatu hari, saya buka mata. tekad bercerai.
Dia tetap tak mahu ceraikan saya atas dasar sayang. Pada dasarnya, dia seorang suami yang penyayang. sangat romentik dan sanggup lakukan apa sahaja untuk saya. walaupon die seorang kaki pukul dan kaki perempuan.
Akhirnya saya pujuk dia, dan dia bersetuju ceraikan saya cara baik. Saya kata ” kita cuba dulu, if tak ok, dalam edah, kita rujuk semula”, and akhirnya kami bercerai. Jahilnya saya ketika itu, kami terlanjur lagi.
sewaktu saya di dalam edah. Sekarang telah 3 tahun kami bercerai. Dia masih seperti dulu. dan saya tak dibenarkan berkawan dengan mana2 lelaki. Malah saya akan dipukul jika minta buat haluan masing2.
Kenapa saya tidak berhak memilih kebahgiaan hidup saya?Memang sayang. Tapi demi Allah, Saya penat diperlakukan begini.Sekarang anak2 sudah membesar. Meraka nangis bila tengok saya diperlakukan begini terus.
Apa yang saya minta, hanyalah keluarga bahagia. Tapi mustahil untuk saya. Hanya Allah yang tahu pahit jerih hidup saya sekarang.Ditambah pula tida tempat mengadu. Mak dan ayah pun dah tak ada.Kadang2 rase penat sangat dengan hidup ini.
Pergi kerja dengan muka bengkak dan lebam. Macam2 saya pusing sebab tak nak buka aib sendiri.Ya Allah. Soalan saya is, saya terlanjur masa dalam edah. so, apakah satus saya sekarang ini? adakah masih isteri dalam hukum islam? Saya tak mahu terus hidup dalam siksa sebegini.