Salam semua. Mohon hide prfile saya ya admin.. Saya mohon sedikit pendapat.. Saya dah berkahwin dan mempunyai 1 anak. Keluarga isteri memang baik. Semuanya berubah bila anak saya lahir dimana ipar2 saya menyalahkan saya dan isteri kerana menyusahkan mertua saya menjaga anak saya.
Kami memang nak hantar nursery tapi mertua berkeras nak jaga anak kami. Setakat mengata saya tu tiada masalah. Sehinggakan saya sering dihina oleh adik2 ipar. Untuk makluman saya ni org kampung dan family isteri tggal di bandar.
Mereka sanggup menghina saya suruh saya balik kampung dan tanam jagung, siap nak sumbat jagung2 tu ke mulut saya sampai berbuih mulut katanya. Saya menyewa rumah dengan mertua. Ada yang mengganggap saya duduk secara percuma. Mereka memerli saya apa guna pakai kereta besar tapi asyik mengabiskan harta mertua.
Isteri saya hanya mendiamkan diri atas semua masalah ini. Hanya mertua saya yg selalu nasihat saya supaya bersabar dgn perangai anak2 beliau. Tapi alhamdulillah masa dah bertahun berlalu. Allah murahkan rezeki saya. Saya dah mampu beli rumah sendiri mampu beli kereta mewah hasil titik peluh saya sendiri.
Dan mereka yg sering menghina saya dahulu masih mengharap bantuan harta ibu bapa mereka lagi walaupun mereka sudah berkahwin. Sehinggakan rumah sewa mereka pun mak mereka yang tolong bayarkan. Semasa ipar nak berkahwin, dia ada tanyakan isteri saya untuk gunakan kereta mewah saya untuk kereta pengantin
Tapi isteri saya mendiamkan diri sahaja. Isteri saya pun tak beritahu saya berkenaan hal ini. Mungkin isteri saya tahu apa jawapan dari saya setelah dahulu saya dihina dan dicaci oleh mereka. Ipar2 ramai yang baik tapi ada segelintir yang perangai busuk hati seperti ini.
Kisah ini tak habis setakat ni je. Sampai masa adik ipar saya berkahwin(yg ini baik perangai nya.. Alhamdulillah), saya dapat biras yg juga dari keluarga yg susah. Kisah hinaan dan cacian ni bersambung kepada biras saya pula. Kisah ini lebih rancak memandangkan biras saya tinggal bersama dgn mertua dan ipar2 saya.
Isteri dia juga sama mengambil laangkah berdiam diri atas masalah ini. Biras saya hanya terperap di dalam bilik je jika berada dirumah. Makan pun dalam bilik, itupun bungkus dari luar. Jika ipar saya ada nampak biras saya duduk di ruang tamu atau di depan tv, dia akan menjeling pd biras saya sehingga biras saya kembali masuk ke bilik.
Sebenarnya saya sendiri pun terkejut masih wujud manusia seperti ini. Kita sepatutnya menolong org yg susah tapi golongan ini lebih suka memijak tambah org yg dalma kesusahan. Akhirnya biras saya dan isteri ambil keputusan untuk pindah keluar dari rumah mertua.
Mertua pun hanya tahu mereka nak berpindah ketika mereka tengah memindahkan keluar barangan dari bilik mereka. Mertua terus memujuk mereka supaya jangan berpindah dengan alasan adik ipar saya sudah insaf dan berubah. Tapi siapa percaya kan?
Saya banyak menasihat biras saya supaya lebih kuat dan jangan hinaan2 yg diterima tu melemahkan kita untuk teruskan kehidupan. Dan harini sudah hampir 9tahun saya tak bertegur dgn mereka. Saya pun tak pasti apa kesudahan masalah ini.