Adakah aku suami yang gagal??
Assalamualaikum warga krt…min, hide profile aku ye terima kasih. Terdetik aku nak menulis..ikutkan hati malas nak bercerita..sebab aku takut aku membuka aib rumahtangga aku sendiri sedangkan aku perlukan sokongan dan pendapat orang ramai selain berdoa pada allah yang maha esa..
pernah juga aku merujuk dengan ustaz2 yg aku kenal .seboleh2nya aku nak jaga rumahtangga aku baik2 tapi apakan daya kadang aku tertekan, aku buntu sangat2 sekarang ni..aku tak nak memburukkan isteri aku sendiri sedangkan aku juga mempunyai kekurangan..
Aku seorang suami dan seorang jurutera swasta. isteri aku salah seorang warga pendidik.
beza umur kami dalam 5 tahun, isteri aku lebih berusia 5 tahun dari aku. Kami dah 5 tahun kahwin..kami berdua dah 40an ke atas..hasil perkahwinan mempunyai seorang anak yg sgt comel(3 tahun)..sebelum 5 tahun kami berkahwin, aku dah lama menanti isteri aku ni selama 8 tahun..8 tahun aku menanti kehadiran dia untuk membuka hati kpd aku, aku akui memang agak susah utk dapatkan dia,
makin susah nak dapat makin kuat aku cuba dapatkan hati dia, sebab dulu 1 perkara aku pegang, perempuan yg susah untuk kita dekat ni, sangat lah mahal harga dirinya..aku yg mula dulu mengorat dia waktu dia mengajar di salah sebuah insitusi pendidikan..
boleh katakan setiap minggu aku kirim bunga pada dia.
Pada orang lain aku tak tahu, tp pada aku tuhan anugerahkan aku dia nampak baik dan cantik di mata aku, berkat kesungguhan aku, akhirnya dia terima aku, dan kami bersetuju untuk membina mahligai yg kami impikan selama ni,
alhamdulilah kedua belah pihak keluarga merestui kami, dan kami akui kami bahagia..aku rasa sangat bertuah mempunyai isteri yg baik, solat tak pernah tinggal dan yg buat aku bersyukur dia selalu mengaji.
Untuk pengetahuan semua, isteri aku bukan lah orang yg bertudung labuh, dari segi pakaian dia memang jaga aurat mungkin sebab dia seorang tenaga pengajar, perwatakkan dia berbaju kurung, softspoken tetapi agak tegas, kurang bermakeup membuatkan aku jatuh cinta pada dia..
Sehinggalah tahun ke 5 perkahwinan sekarang ni kami pjj isteri aku dipindahkan kerana campur tangan orang atasan juga.
biasalah goverment apa sahaja perlu bersedia kalau bab pindah randah ni. Bukan dia tak pernah cuba untuk mohon pindah untuk tinggal bersama aku, berkali2 permohonannya ditolak atas alasan tak masuk akal. 4 tahun kami pjj bukan waktu yg singkat. Dia kecewa, aku apetah lagi.
Tapi kami anggap ini ujian untuk kami, kalau diberi pilihan dan peluang, seboleh2nya mesti lah nak tinggal bersama nama pun suami isteri. Kalau boleh aku nak ikut sekali tinggal bersama, tapi pekerjaan aku tiada di sana.
Aku pernah bagitahu dia, aku nak berhenti kerja di sini dan cari kerja di sana, tapi ada betul juga apa yang dia cakap, bukan kami tak pernah berbincang hal ni, dia kata kalau aku berhenti kerja pindah duduk dengan dia dan kerja di sana, akan datang dia tetap akan balik juga ke semenanjung cepat atau lambat tapi bila masa tu tak tahu selagi permohonan dia asyik ditolak.
Pernah dia nyatakan hasratnya untuk berhenti mengajar, nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa, aku minta dia fikir masak2, sebab ini cita2 dia selama ni, dan andai kata takdir 1 hari nanti, aku yang pergi dulu dari dia, sekurangnya pekerjaan dia adalah untuk masa depan dia dan anak.
Bukan aku tak izin dia berhenti, tapi aku fikir untuk masa hadapan dia. Sejak akhir2 ni pelbagai ujian datang dlm rumah tangga kami, bergaduh, salah faham, bukan tak pernah berlaku selama ni, selalu aku pujuk memang akan berbaik semula. Tapi kali ni lain.
Lain sangat. Aku rasa sekarang ujian bertambah berat. Entah lah aku sendiri tak faham semuanya berubah 360 darjah.. Sebenarnya kami dalam perancangan utk menunaikan umrah tidak lama lagi, semua persiapan telah di buat. Setiap kelengkapan aku guna duit gaji aku sepenuhnya untuk aku dan isteri.
Aku harap sangat nanti di hadapan kaabah, allah permudahkan urusan rumahtangga aku. Cuma tunggu masa sahaja untuk pergi ke sana. Sepanjang kami pjj, tak pernah sekali aku abaikan tanggungjawab aku sebagai seorang suami, aku faham dia penat, dan jauh dari aku,
masa nak mengajar lagi, uruskan anak lagi. Kadang kala setiap 2 kali sebulan aku akan pergi ke rumah isteri aku, ye la nak pergi sana perlukan belanja yg banyak, tiket flight bukannya murah, kalau 2 hala dah berapa harga, kadang dia nak balik rumah aku di sini pun segala belanja tiket makan minum semua aku ygtanggung,
sikit pun aku tak pernah berkira dengan dia, segala kelengkapan tempat tinggal dia di sana semua aku uruskan. Tiap kali aku balik ke rumahnya di sana, pakaian semua aku basuh, masak untuk dia, sebab aku tahu bukan selalu aku fly untuk jumpa dia dan anak.
Setiap kali ke rumah dia, aku lah imannya. Sebab aku tahu itu adalah tanggungjawab aku sebagai suami, nafkah setiap 1k bulan aku kirimkan, duit belanja untuk keluarga dia di kampung juga aku kirimkan kadang2. Dia nak sambung belajar aku izinkan dia sambung sampai phd, tak pernah aku halang cita2 dia.
Sebab itu utk masa depan dia. Setiap yuran belajar dia aku yg tanggunkan. Duit kereta dia aku bayar setiap bulan, rumah tiap2 bulan aku bayarkan. Walaupun aku tahu gaji dia sebagai penjawat awam amatlah besar, tapi tu bukan bermakna untuk aku abaikan nafkah aku pada dia dan anak.
Duit gaji dia tak pernah aku minta atau usik selama perkahwinan kami walaupun dia pernah berkata hidup berumahtangga ni perlu berkongsi, saling membantu kalau salah seorang susah. Isteri aku bukan jenis kedekut, bab duit juga dia tidak pernah berkira. Dia suka tolong orang, suka bantu pelajar2 dia.
Urusan gaji dia, aku selalu nasihatkan dia apa2 utama keluarga dia dahulu di kampung, sebab aku tahu dia anak harapan keluarganya, jaga adik2 dia. Selama kami pjj, dia nak pergi mana2 aku selalu izinkan, tak pernah aku halang, tapi janji balik sebelum malam.
Sebab aku faham dia pun nak ada waktu sendiri atau dengan kawan2 untuk hilangkan rasa stress penat kerja. Masalahnnya sejak akhir2 ni, isteri aku mula berubah, adakah sbb kami pjj? Kalau dulu setiap hari dia akan call atau whatsapp aku atau video call,
ataupun aku yg akan cari dia dulu. Setiap hari, pagi ptg malam.
Tapi sekarang dah x sama, dia mula berubah, langsung sehari tak ada call/whatsapp bertanya khabar, kadang aku call dia ignore/reject. Bukan sehari, kadang berhari2 dia diamkan diri dari aku,
kalau jawab call aku pun, dia akan marah2 aku nada yg tinggi dan kasar. Kadang dia keluar pergi mana2 pun tak ada dah minta izin aku atau bagitahu aku dahulu. Aku tak tahu apa punca, aku cuba bertanya apa masalah, dia cuma diamkan diri. Aku rase tersiksa sangat sekarang ni, sedih, kecewa,
jawapan yang aku nak tak dapat. Aku tak nak bersangka buruk pada dia, aku cuba berfikir postif, tapi dia dah mula berubah, aku ambil keputusan untuk fly ke sana tengok apa yg berlaku, dan aku ingin selesaikan masalah rumahtangga kami ape punca yg menyebabkan dia diamkan diri dari aku.
Bila aku dah jumpa isteri aku, aku fikir masalah boleh selesai bila dah berdepan, tapi sangkaan aku meleset, dia jauhkan diri dari aku, alasan penat letih. Itu je dari mulut dia. Pernah dia suruh aku pergi cari perempuan lain.
Berilah 10 orang wanita cantik pun, memang aku tak nak, tolong jangan suruh aku kahwin lain, tak pernah ada dalam kamus hidup aku untuk berkahwin lebih dari 1, cukup lah kamu seorang wahai isteri. Sebab aku tak pernah rasa penat layan setiap kerenah dia.
Kadang ada waktu kami sama2 ada cuti, aku selalu bawa dia bercuti ke mana sahaja tempat dia nak pergi dalam malaysia ni.
Dia penat dia sakit aku akan jaga dia selama ni. Aku buat semua tu sebab aku hargai penat lelah die sebagai isteri aku dan ibu kepada zuriat aku.
Sekarang dia tak nak bercakap langsung dengan aku. Ajak tidur bersama tak nak, peluk ape tah lagi, sepanjang perkahwinan kami, tak pernah aku angkat tangan pada dia. Sebab aku dah berjanji, aku takkan sesekali berkasar pd dia.
Aku betul2 buntu, komunikasi kami sebagai suami isteri seolah terputus tibe2. Diri dia depan mata aku, tapi hati jiwa dia tak ada bersama aku.
Ibarat patung hidup di depan aku. Rutin harian dia nampak normal macam biasa.
Memang sebelum2 ini aku tahu, ada suami org sukakan isteri aku, yg bujang pun ade. Tapi aku tak nak besarkan hal tu yg boleh mecah belahkan rumah tangga kami, sebab aku letak kepercayaan aku 100% pada dia walaupun kami jauh.
Saat ni aku dapat rasa aku dah hilang kasih sayang dari seorang isteri, aku rindu gelak tawa dia yg dulu, aku rindu gurauan dia yg dulu, aku rindu segala2nya pasal dia. Kalau betul2 dia penat dengan kerja, sekurangnya bagitahu aku, bukan diam macam tu. Aku nak selesai masalah,
tp dia cuba lari dari aku untuk selesai masalah. Sampai bila2 pun tak akan selesai macam ni, demi allah hati aku betul2 terseksa.
Aku dah mula rasa tak sedap hati. Adakah betul2 sebab dia penat kerana kerja atau ade orang lain yg cuba mendekatinya.
Aku keliru sangat2. Aku tak dapat jawapan dari dia. Padahal hubungan aku dengan keluarga dia baik, hugunban dia dgn keluarga aku pun baik, tak ada masalah dalam bab mertua atau adik beradik ipar. Sekurangnya hargailah pengorbanan aku macam aku hargai pengorbanan dia.
Kalau boleh aku tak nak pun hidup pjj macam ni, aku harap sangat tak kira lah kerajaan ke apa ke, tolong lah kami yg pjj ni satukan pasangan mcm kami ni hidup bersama. X kisah lah kami atau pasangan lain.
Aku harap sangat ada pengakhiran yg baik untuk rumahtangga aku sekarang ni yg masih tergantung. Tolong jangan suruh aku bercerai, sebab aku tak sanggup dan tak kuat hadapinya.
Aku nak isteri aku tahu yg aku x pernah curang walau sekalipun di belakang dia, tak pernah. Tak akan ada wanita lain selain dia. Aku sayang rumahtanga aku, aku sayang isteri dan anak aku. Jangan kecam isteri aku, aku juga banyak kekurangan. Cuma nak minta pandangan dan nasihat yang baik sahaja dari orang ramai.
Aku menulis dalam menitis air mata. Hanya allah tempat aku mengadu sekarang ni. Adakah aku suami yg gagal?