salam min… saya ad baca kisah suami talak 3 isteri… kisah saya lebih kurang… cumanya.. saya ditaklik oleh bekas suami… bekas suami taklik saya kalau saya pulang kerumah ibu bapa saya tanpa dia jatuh talak 3… bekas suami baik… tapi bila kami bergaduh biarpun Hal kecil, dia ringan sangat tangan kemuka saya… Dua tahun saya bertahan dengan perkahwinan tersebut kerana saya sayagkan dia Dan fikir dia akan berubah. saya selalu berdoa Dan berdoa… saya taknafikan dia sayangkan saya. Ada satu Hari, bekas suami terasa hati dengan ibu mertua saya… sebelum tidur, saya Ada tegur dia dengan lemah lembut lagi.. saya taknk dia berdosa sebab marahkan ibu mertua… tapi disebabkan dia tersangat sakit hati dengan ibu mertua, dia terus menyinga Dan pukul saya sepuas hatinya.. dia kata saya memihak kpd ibu mertua sedangkan saya hanya nasihat dia secara baik Dan takde masuk mana2 pihak.
Lagi satu, bekas suami jugak seorg yang cemburu buta.. cemburu dia tahap yang teruk sgt.. sampaikan saya takdibenarkan berckp dengan lelaki walaupun abg ipar sendiri. dituduhnya saya Ada hubungan dengan abang ipar. dengan adik beradik bekas suami pun, saya takdibenarkan bercakap. maka jadilah saya kera sumbang. Ada suatu Hari, sepupu saya(lelaki) telefon untuk bagitahu yang kakaknya sakit teruk Dan nazak dihospital. kakaknya memang baik Dan rapat dengan saya. semasa sepupu call, bekas suami jwb.. Dan cakap gitu2 je sekolah taknk layan panggilan sepupu saya… lepas dia letak fon, teruk saya dikerjakan oleh bekas suami. wallahi memang sakit sampai meraung kesakitan saya.. sikap bekas suami saya, lepas dia pukul saya Dan dia pun dah sejuk, dia akan datang balik kepada saya Dan pujuk, merayu mintak maaf sambil menangis… dia siap cium kaki saya… dalam keadaan saya yang kesakitan, saya Dan bertekad saya dah takmampu bertahan.
Saya akan keluar pulang kerumah ibu bapa saya yang belainan negeri dengan tempat tinggal saya Dan bekas suami. keesokan hatinya, bekas suami keluar kerja saya terus telefon kawan Saya Dan minta hantar kestesen bas. alhamdulillah Allah permudahkan dengan bas yang sedia Ada terus saya pulang ke negeri ditempat ibu bapa saya.. sejurus saya sampai dirumah ibubapa saya, maka jatuhlah taklak yang ditakliknya. sesampai dirumah ibubapa saya, saya menefon bekas suami Dan memaklumkan yang Saya dah sampai dirumah ibu bapa saya… saya sempat minta maaf Dan minta halalkan Makan minum saya. Sebulan kemudian selepas urusan peceraian saya selesai, saya buat pragnent test tang sangka test tersebut Naik Dua line menangis terduduk saya tatkala saya didapati positive Hamil selepas Dua tahun menanti. Allah hadirkan Dlm Rahim saya sewaktu saya dalam eddah. mahu tak mahu, saya terpaksa maklumkan kpd bekas suami. rupanya selama perpisahan kami bekas suami tidak pernah hidup tenang Dan hidupnya kucar kacir.
Beks suami asyik telefon ajak pulang kepangkuannya. ibu Dan ayah mertua juga telefon supaya saya pulang kepangkuan bekas suami. Allah… saya maklumkan kpd mereka TALAK 3 bukan benda boleh dibuatmain.. sememangnya sudah tidak boleh dirujuk kembali.. mahkamah sendiri sahkan talak tersebut sah 3! Salam keadaan yang tertekan dengan masalah ini Dan sedang mengandung, akhirnya Minggu ke 14, saya berdarah. seminggu kemudian Janin saya disahkan tiada lagi degupan jantung.. Allahhhuakbar… anak saya lebih disayangi oleh Allah.. Allah pinjamkn rs nikmat mengandung sementara sahaja.. ujian paling bsr yang Allah berikan untuk saya pada tahun 2019. Betapa saya takkuat untuk terima semua ini. tapi atas kasih sayag dr Allah Dan doa dari keluarga saya, alhamdulillah Saya redha dengan semua ini..
Untuk wanita diluar Sana, dengarlah nasihat saya… lelaki bila dah Mula Naik tangan Kali pertama, akan Ada Kali kedua Dan ketiga Dan seterusnya.. kuatkan diri anda.. yup memang Kita semua sayang suami… namun kalau suami sayangkan Kita, jentik Kita pun mereka Tak sanggup. untuk pengetahuan pembaca, suami saya pernah taklik saya sebanyak 5 Kali tetapi kelima tersebut hanya talak 1 yang saya tidak langgar. pejabat agama yang saya pergi pun menangis bersama saya apabila saya senaraikan taklik2 tersebut. untuk lelaki diluar Sana, janganlah bermain kata taklik. takkan dapat diundur lagi bila taklik tu terjadi. malah taklik itu adalah SEUMUR HIDUP selagi perkahwinan anda Dan pasangan masih berterusan. untuk bekas suami, Saya dah maafkan semua perlakuan awak terhadap Saya. daripada dulu sampai sekarang, saya Tak pernah berhenti menyebut nama awak didalam doa saya. semoga Allah bagi kebahagiaan kpd awak dengan perempuan lain. carilah redha Allah. mintalah ampunannya. semoga Kita masing2 berada disayaurga Allah akhirnya.. Amin.