assalammualaikum admin.Saya mintak hide acc saya ye. assalammualaikum pembaca,pengkeritik serta pemberi nasihat KRT. Dahulu saya seorang yang free hair, tetapi sebelum berkahwin suami meminta saya untuk berubah dari segi menutupi aurat, jaga solat dan sebagainya (3tahun yang lepas). Disebab keluarga sebelah suami orang pantai timur dan seorang kakaknya bertudung labuh yang tidak menyukai saya. Dia lebih suka suami dengan ex gf dia yang dulu. Waktu tuh saya dah suruh suami untuk memilih ex dia (masih berhubung lagi) sebab kakak dia lebih sukakan ex dia. Tapi suami lebih memilih saya.Katanya saya banyak tolong dia ketika kesusahan.
Selepas berkahwin mula mula semua manis.Tapi satu2 saya kena hadap. Suami curang lepas satu2 perempuan suami curang. Dan satu2 saya cari perempuan yang suami curang (lebih dari 4kali). Sampai ke janda yang paling last. Saya jumpa dengan janda tu dan bertentang mata tanya kenapa, sebab apa suami cari dia. jawapan dia saya ada lelaki lain. Allah luruh jantung saya. Saya 24 jam depan mata dia. Masa tu suami selalu cakap ada kerja luar. rupanya dia tidur rumah janda tu. Saya akui saya x pernah dapat hadia, walaupun kek dari suami. Sebab saya tak mintak dan saya faham keadaan suami walaupun time kami bercinta lagi. Tapi dengan perempuan yang suami curang semua dapat hadiah. Janda siap dapat kek sebijik dapat celebrt lagi,dapat hadiah yang dia impikan lagi.
Tapi sekarang dah 9 bulan berubah. Alhamdulilah dipandangan saya dah. Tak bagi alasan ada kerja luar kena buat. Tapi itu la nafkah zahir dan batin, pulak saya tak dapat. Zahir dari kami kahwin memang saya tak dapat. Cuma kekadang dia belanja makan dalam sebulan sekali itu pun dah buat saya rasa bahagia dan bersyukur. Batin pulak entahlah nak cakap. 3 bulan sekali ada dapat, dapatlah kalau tidak, tidak lah. Saya ada peluk semua tapi suami tolak. Dan pasal solat suruh saya berubah. Ye saya siap solat depan mata dia sedangkan dia main game. Dan dia pulak tak solat. Saya ada je cakap dekat suami bangun solat dulu.Tapi suami buat pekak je.
Bulan puasa ni pulak.Sebelum saya tidur suami main game sampai lah sahur. Saya ingatkan suami yang tak tidur bolehlah tolong saya hidangkan lauk sahur. Tapi suami masih tunggu untuk saya bangun siapkan hidang makanan. Kalau bab basuh baju pulak. Saya selalu kena marah oleh suami sebab tak basuh baju. Saya ni selalu tunggu suami balik kerja untuk saya basuhkan sekali baju kerja suami. Saya lah basuh.Saya lah sidai baju.Saya lah lipat baju. Saya seorang berkerja. Terima kasih sebab sudi baca cerita hidup saya. Buat suami saya sentiasa doakan awak berubah, dilembutkan hati, bertanggungjawab dan berubah ke arah kebaikan bersama2. Walaupun kekadang saya rasa saya seorang pembantu dalam rumah kita. Terima kasih admin