Salam Pada semua warga krt. saya seorang isteri 25 tahun anak 4 orang dan sudah 6 tahun kawen. Saya dan suami tiada apa2 masalah cuma masalah nya dari saya. saya pernah ada pengalaman hitam masa kecil semasa saya usia 12 tahun ayah saudara saya merangkap paksu saya telah cuba melakukan sesuatu yang buatkan saya tak dapat lupakan sampai sekarang walaupun saya dah kawen dan ada anak. tapi saya tak boleh terima bila paksu saya cuba paksa saya buat hal yang saya tak suka.
Saya sampai sekarang tak boleh terima orang nasihatkan saya untuk solat sebab depan mata saya sendiri orang yang solat baik alim depan semua tapi berlaku jahat pada anak saudara sendiri. saya boleh terima orang tegur saya nasihat saya tapi hati saya tak boleh terima bila orang suruh saya solat. saya rasa macam orang yang tegur saya hipokrit. kadang2 bila saya teringat akan kisah silam saya akan kurungkan diri dalam bilik. menangis rasa macam diri tak guna. orang nampak saya jahat tapi org nampak paksu saya baik.
walaupun sekarang paksu saya sudah mendapat balasan sekarang meringkup di penjjara tapi saya tetap tak dapat melupakan semua yang terjadi. sampaikan saya tak bagi anak2 perempuan saya rapat langsung dengan adik bradik laki saya atau abang dan adik ipar laki saya. saya tak suka saya cube berlagak normal. kenkadang dalam hati nah terfikir. aku ni anak2 dah 4 orang bila lah aku dapat berubah nak jugak rasa hati nak solat. tapi tiap kali niat nak solat datang time tu juga saya teringat peristiwa lama.
Saya memang takada masalah dengan suami, suami pun layan saya dan anak2 dengan baik. suami banyak mengajar saya erti sabar, sangka baik dengan orang dan suami ada mengajak solat bersama. tapi hati saya ni tetap tak boleh kadang2 dengar azan saya boleh menangis dan tetibe teringat hal lame. apa masalah saya sebenarnya? tolong jangan dirahsikan identiti saya. saya harap dapat diberikan nasihat dan komen yang membina semangat saya mintak maaf jika kamu tak berapa faham atau cerita saya tunggang langgang.