Terima kasih kerana sudi kongsikan kisah saya. Saya seorang isteri dan ibu kepada 5 orang anak. Suami saya baik, dan biasa2 saja. biasa la orang lelaki, kerja2 rumah dia jarang sangat menolong saya. Anak2 pun saya yang uruskan semuanya, daripada kejut tidur, mandikan dan hantar ke sekolah. Suami masuk kerja lewat, jd mmg saya lah yang akan hantar anak2. Suami saya bukan senang, keje biasa2 sahaja. Gaji saya lebih besar daripada dia walaupun sebelum ini sama2 bergaji kecil. Tapi kini rezeki saya untuk merasa gaji sendiri. Dengan gaji saya skrg saya mampu untuk membeli barang2 yang saya tak dapat sebelum ini lebih2 lagi daripada suami saya.
Saya pernah curang dengan suami saya sebelum ini yang membuatkan dia sampai sekarang tidak pecayakan saya. Saya ada skandal dengan rakan tempat kerja. Puncanya saya saja2 mencari hiburan lain sebab merasakan hubungan dengan suami saya tak sebahagia dulu.
Saya sedar kesilapan saya. Saya ceritakan kelemahan suami pada lelaki lain yang boleh mendengar suara saya. Saya tak setia dan sehingga saya sanggup buat sesuatu yang tak patut dengan seorang lelaki yang bukan suami saya (tapi saya tak lah sampai melakukan hubungan sulit dengannya).
Saya bermesej lu cah dengan lelaki yang bukan suami saya. Saya buat apa yang suami saya benci dan tak suka. Saya selalu menolak ajakan suami di ranjang. Saya keluar rumah tanpa izin suami.
Sekarang suami makin menjauh sebab selalu sangat bergaduh sbb benda2 yang remeh. Mungkin dia masih ingat apa yang saya dah buat pada dia sebelum ini. Mohon pendapat semua, apa yang patut saya buat untuk pulihkan kepercayaan suami. Kalau boleh saya tak nak berpisah dengan dia. Saya tak ade sape2 lg. Mak ayah dah lama meninggal. Adik beradik pun jauh2 dan tak brp rapat. Saya menyesal dengan apa yang saya dh buat sebelum ini. Moga Allah ampunkan dosa2 saya.