Hi Admin. Saya sekadar ingin meminta pendapat. Saya bernikah awal tahun 2021 sekarang mengandung 8 bulan dan PJJ dengan suami disebabkan suami saya bekerja dinegeri lain, suami tinggal bersama ibunya.
Saya pernah menetap dirumah MIL bersama suami disana selama 3 bulan tetapi saya berasa tidak selesa dengan perbuatan MIL terhadap saya. MIL Saya sering marah saya tanpa sebab dan sangat cerewet.
Saya juga diarahkan untuk menjaga anak bujangnya yang berumur 30an seperti masakkan basuhkan dan lipatkn baju. sejujurnya saya tidak kisah tapi yang buat saya sedih ,
saya sering dimarah dan saya rasa tidak dihargai oleh MIL Sedangkan saya yang selalu bantu dia . MIL akan marah saya sekiranya anaknya buat salah .
Saya tidak melawan. Saya cuma iyakan buat sahaja seperti yang dia mahu. Selalu saya pujuk hati saya untuk selalu sabar. Saya tidak mahu kurang ajar dengan MIL saya sebab dia sudah berumur ( 60 an).
Mula2 saya ikhlas tolong dia. Lama kelamaan apabila dia sering marah saya , saya jadi pendam dan menangis sendiri . .
Akhirnya , saya bawa diri ke rumah orang tua saya semula. Suami saya baik dia selalu dengar luahan hati saya . Dia juga izinkan saya menetap dirumah ibu dan ayah saya disebabkan keadaan begitu .
. Duit gaji suami tidak dapat tampung kos rumah sewa.. Lagi2 kami bakal menimang cahaya mata. Jadi duit kami cukup2 sahaja. .kami tidur di ruang tamu, sekali dengan 2 adik lelaki yang sedang meningkat remaja.
Paling sedih, mertua pun tak pelawa untuk saya tidur bersama.Suami minta maaf sebab dia tidak dapat menyediakan rumah sewa jadi kami terpaksa PJJ buat sementara waktu .
Kalau saya balik rumah sana (MIL) , suami kerja dari 9 pg – 9:30 mlm baru smpai rumah. Sepanjang tunggu suami balik kerja tu.
nnti saya kerap bersedih sbb MIL saya suka sakitkan hati saya dengan perbuatan dan segala percakapannya ( sindir ,perli , bvli fizikal ). Saya risaukan keadaan bayi dalam kandungan saya.
Sekiranya saya duduk dirumah ibubapa saya suami saya pula selalu tidak dapat pulang berjumpa saya disebabkan jadual kerja yang padat dan waktu cuti yang hanya sehari seminggu. Saya perlukan kata2 semangat dan nasihat . Terima kasih .