Assalamualaikum warga KRT.
Kisah saya kali ni, tentang penyesalan saya bertindak ikut emosi tanpa menggunakan akal sebelum bercerai dulu. Rumahtangga kami tak tenang. Selalu bergaduh, kebanyakkan berpunca daripada saya.
Saya langsung tak percayakan suami, selalu tuduh suami saya buat benda tak elok. Dan saya juga selalu memberontak dalam rumahtangga, sebab saya jobless tak keje gov macam kawan2 yang lain. Ada kereta, hari2 keluar rumah pergi ofis bergaya.
Saya jadi down sebab cemburu dengan kehidupan orang lain. Pergi iv tak pernah lulus. Suami dulu selalu pesan, bukan rezeki saya lagi untuk kerja gov.
Makin lama saya jadi makin memberont4k sampai buat suami saya tercabar dengan kata2 saya dan saya selalu cakap suami saya ada orang lain, buat benda tak elok dengan perempuan lain. Akhirnya, Allah dengar doa saya mmg suami saya ada hub dengan kawan satu ofis dia.
Cuma tak sampai tahap yang melebih2. Saya dapat tahu, lagi saya angin. Saya mengamvk sakan sampai saya kena lempang dengan suami.
Pernah masa tu saya jadi takut dengan bayang2 sendiri saya tuduh suami berzin4 dengan kakak angkat saya sendiri Balik tu agaknya dia kurang sabar teruk saya kena dengan suami. Dia cakap, saya tak pernah sedar dengan silap saya. Yang saya tahu, saya nak betul dalam semua hal.
Kalau bergaduh, masalah berpunca daripada saya pon, saya tak sesekali mintak maaf. Biar suami yang datang mintak maaf dekat saya. Itu prinsip saya masa dalam rumahtgga dulu.
Ego dan teruk kan saya? Bila jadi macam ni, saya tak boleh redha dengan ujian y Allah bagi, saya suruh suami hantar balik kg utk saya tenangkan diri. Sebelum balik kg, kami dah selesaikan masalah ni dekat rumah.
Kami zero, tapi saya niat nak balas dendam dekat suami. Lepas je dia balik ke KL saya trus ke pej agama mohon cerai. Saya mmg niat nak balas dendam dan bagi dia rasa penderitaan saya.
Saya buka aib rumahtangga kami dekat keluarga saya sampai laa keluarga saya bencikan dia. Tapi, aib saya sikap buruk saya simpan kemas elok sebab saya memang btul nak balas dendam. Sampaikan suami nak datang tengok anak2 saya, kena halau.
Masa tu saya nampak dia menangis tapi saya keraskan hati. Saya bencikan dia sangat2, sampai laa saya turun naik mahkamah banyak kali utk cerai. Dia taknak lepaskan saya sebab dia sayang saya.
Akhirnya, kami sah bercerai bulan 7 tahun lepas tu pon lepas saya desak dia. Saya tak kan balik pada dia walau apa pon yang jadi. Saya berlagak lagi kali ni. Nak dijadikan cerita, mungkin Allah nak bagi kifarah pada saya.
Bila saya tengok family org lain keluar sama2, saya jadi sebak.. Saya jadi sunyi walaupon anak2 ada dengan saya. Sampaikan kalau saya buat kerja saya, saya langsung tak sempat tgk anak2 buat apa.
Pernah saya mimpi, saya dan bekas suami duduk dengan anak2. Seronok kami masa tu, one happy family. Saya tak tahu macam mana perasaan tu datang, saya jadi rindu dekat bekas suami.
Saya tanya khabar dia dekat adik ipar saya. Dengan anak saya y sulung dah pandai bertanya, mana family abang?? Mungkin dia tahu yang dia kurang seseorang dalam family dia. Saya jadi lagi sebak..
Jadi saya contact balik dengan bekas suami, beritahu yang anak2 selalu sebut pasal awak. Kalau Allah izinkan, saya nak bawak anak2 jumpa dengan bekas suami. Alhamdulillah, dia pon memang tunggu tindakan dari saya.
Seronok nya anak2 hanya Allah yang tahu, hampir 2 tahun tak jumpa kan. Hati saya?? Saya bersyukur Allah masih izinkan saya bawak anak2 jumpe dengan bekas suami.
Saya sebak dan saya sedih, silap saya buat keputusan terburu buru. Sedangkan anak2 saya sepatutnya dapat kasih syg bapa yang cukup sama macam orang lain. Tapi sebabkan tindakan saya, anak2 hilang separuh dripada apa yang mereka perlukan semasa membesar.
Hari2 saya mintak maaf dekat anak2 saya, sebab saya nak hilangkan rasa sedih di hati. Allah tunjuk saya satu persatu, mungkin nak saya sedar dan nak matangkan diri saya dalam.
buat sesuatu keputusan. Dengan keluarga yang saya dah tanamkan kebencian pada bekas suami, mustahil keluarga saya boleh terima bekas suami saya walaupon dia dah berubah.
Saya nak bagi peluang kedua jika ini yang dapat memberi kebaikan pada saya dan anak2. Sebab saya tiada dendam apa2 lagi, yang ada cume penyesalan . Cuma saya kuat atau tidak je utk berdepan dengan keputusan keluarga saya.
Niat saya, jika Allah izinkan saya dan bekas suami bersatu kembali saya nak betulkan kesilapan saya dan lebih redha menjadi seorang isteri. Luahan hati ini untuk berkongsi manisnya menjadi seorang isteri jika kita betul2 redha dan mengangkat darjat seorang suami itu di tempat yang tinggi.