Assalmualaikum Admin,mohon siarkan masalah yang saya hadapi,hide profile saya ye.. Tq Admin. Saya seorg suami yang berkerjaya tetap dan mempunyai kewangan yang stabil, mempunyai seorg isteri dan 2 orang cahaya mata.
Saya bekerja Shift,mempunyai shift petang dan shift pagi. Saya tiada masalh yang besar dalm rumah tangga,alhamdulillah. Cuma saya disini perlukan sedikit nasihat atau kata2 yang boleh membantu. Mungkin anda semua rasa masalh ini kecil tapi tidak pada saya.
Ibu mertua saya sudah tinggal bersama saya sejak dari November 2021 sehingga ke hri ini. Isteri saya masih mempunyai adik beradik nya yang lain iaitu abang2 nya dan isteri anak bongsu. Kesemua abang2 nya menetap di selatan tanah air dan kami di timur tanah air.
Kerja harian saya sangat memenatkn dari segi fizikal dan ment4l. Tekanan kerja yang tinggi dan keletihan bekerja sangat saya rasai. Permasalahan nya saya merasa sangat tertekan apabila pulang ke rumah setelah hari2 penat bekerja.
Memandangkan ibu mertua saya yang tinggal bersama saya terlalu lama,saya merasakn rumah saya sendiri seperti penj4r4. Segala perbuatan saya terbatas,aurat saya terbatas,memandangkan saya hnya tggal di rumah flat yang kecil,pergerakan saya di rumah boleh dikatakan hnya ke bilik air dan blik tidur sahaja.
Saya tdak bebas utk membuka baju dan memakai box3r di dala rumah saya sendiri,Ibu mertua boleh saya katakan sepanjang masa menonton drama di Tv di ruang tamu kami.
Saya merasa sangat tertekan memandangkan rumah adalah tempat sepatutnya saya menghilangkan segala penat lelah bekerja tetapi sebaliknya,segalnya terbatas,ay lebih banyak berdiam diri di rumah.
Saya pernah berbincang dengan isteri,saya katakan saya tdak kisah ibunya tinggal disini utk jgka masa yang sesuai,bukan seperti skrg yang terlalu lama pada saya.
Memandangkan masih ada rumah adik beradiknya yang lain yang ibunya boleh tggl brsama. Tetapi isteri saya lebih memilih utk menjaga perasaan ibunya dari perasaan saya sbgai suami.
Kami juga menghadapi masalah bila ingin bercuti bersama anak2 jika ingin menempah hotel. Cuba tuan2 semua bayangkan saya menantu lelaki perlu tido sebilik dengan ibu mertua jika mnempah hotel
utk bercuti.
Saya sangat2 tidak selesa. Saya hormati ibu mertua,saya faham keadaannya. Tetapi tidak adil bg saya jika terus tggal dengan lama bersama saya walhal beliau masih ada anak2 yang lain. Saya juga perluka privasi saya bersama isteri dan anak2.
Saya buntu,kdang2 sangat rimas hinggakan tidak mahu pulang ke rumah. Harap ada yang sudi bantu dan bg kata2 utk saya..
Tq Admin siarkan.