Saya nak kongsi dan minta pendapatan warga krt. Saya da berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata dan saya ibu yang bekerja. Suami saya ni okay, penyabar. Tapi ada satu perangai dia yang susah nak ubah dari dulu. dia ada satu kawan perempuan ni, dia cakap kawan dr kecik. Saya okay lah. Sebelum kahwin saya pernah jumpa dia dengan suami masa tu, dan depan mata saya perempuan tu mesra siap bertepuk tampar dengan suami saya. Tak jaga batas atau adab langsung. Sejak dari tu saya tak minat dan mintak suami untuk berhenti contact perempuan tu. Tapi baru2 ni saya ternampak perbualan wasap suami dan perempuan tu. Perempuan tu siap mengadu cerita sedih yang dia hilang anak dalam kandungan nya. Bagi saya anak dan rezeki adalah rahsia. Cukup dikongsikan dengan suami sendiri sahaja. Paling saya tak boleh terima bila saya tengok perbualan wasap tu pada waktu kerja sedangkan bila saya sendiri wasap suami saya dia takkan balas alasan sibuk kerja.
Saya mintak penjelasan dari suami tp suami tak habis2 kata mereka kawan dan saya cemburu buta. Dan perempuan tu tak perlu raih simpati pada suami saya. Dia perlu raih pada suami dia. Bila saya menangis pasal hal ni pon suami buat tak tahu dan buat tak bersalah langsung. Saya dah lama pendam perasaan dengan ape yang dia buat pada saya dr awal perkahwinan. Saya dah tak boleh teruskan perkahwinan ni, tapi suami gantung dan tak nak lepaskan saya sedangkan dia suka2 menyakiti hati saya. Suami siap ungkit saya selalu mengarahkan dia untuk membantu buat kerja rumah. Anak saya baru 6bulan dan dia tak tahu macam mana sukarnya jaga seorang bayi. Yang dia fikir semua hal rumah settle dengan anak semua. Sedangkan balik kerja saya yang ambil anak saya dr pengasuh. Saya buntu.