aku cuma nak meluah sebab Rasa dh tak tertanggung..nak luah kt keluarga tak boleh. aku baru bernikah kali ke2 dengan sorang duda yang isterinya meningg4l. anak dia dengan isteri dulu 3 semua lelaki..aku janda anak 4 Dan baru melahirkan baby lelaki juga 6bulan..
Sebelum nikah suami seiyanya menyakinakan aku yang anak dia bole menerima aku..aku pn ok ja la..sebab anak dia kebanyakan dh besar..rupanya yang dh habis sekolah ni lagi perit kita nak bonding.
suami ajar anak dia panggil mak bg sama dengan anak aku..Mula jumpa anak suami yang sulung dh cakap..panggil makcik aja la ya..aku pn ok ja la..takkan nak paksa pula lepas nikah 2 bulan aku pn hamil..seronok tu sementara ja.
Paling aku sedih bila tengok anak suami ada buat status wasap video baby dengan caption comel baby ni aku balas la kata nanti awak pn ada adik..mesti comel juga..kau Tau apa dia balas…”cukup la adik yang ada, taknak tambah lagi”..Mula Hari tu aku padam no dia Dan agak tertekan..
napa dia tak boleh terima hakikat ayah dia nak ada anak lain..
tu pasal anak suami. Suami aku sendiri ada meningg4lkan kesan mendalam terhadap emosi aku..awal nikah,bila balik kg aku..
dia tengok aku dengan anak aku(anak4 aku tinggalkan kt kg sebab bekas suami tak bagi aku jaga kalau aku bersuami lain) dia boleh Tanya aku,nak tak kalau dia tinggalkan aku Dan dia pulangkan aku dekat bekas suami aku.
memang tak la sebab sebelum aku nikah dengan dia dh 2 tahun aku becerai ..kalau aku nak berbaik buat apa aku becerai..tu satu Hal..lepas reda pasal tu…timbul lg yang lain..aku kadang selalu balik kg dengan sepupu atau dia yang hantar.
sebulan sekali untuk tidur bermalam di kg.. memang akan gaduh..bila call tak angkat..ayat dia bila situasi tu,duduk la berapa lama..ikut suka hati..aku tetap pujuk dia..masa² aku kat kg pn dh jadi tak seronok.
bila gaduh di rumah pn dia selalu ugt nak hantar aku balik kg… aku Rasa aku ni macam tak dihargai..perasaan dia aku kena jaga..tapi,aku??dulu iya aku menangis bila dia kata gitu.. sekarang aku macam malas pikir.
lastly, sekarang aku Rasa hati aku kosong..aku bertahan sbb baby aku..suami aku ni baik..kerja rumah kalau x setel,dia setelkan..duit bagi..cuma cemburu Dan dia tak boleh aku jauh Dr dia..
sedangkan aku ni nak jugak balik tengok mak aku,anak4 aku..rindu wei anak4…rumah di kg…semua la…kecuali belas suami tu la..sbb sekampung.. sekarang dia banyak jugak tengokkan mak aku walaupun dh jd bekas suami aku..
hidup aku Dr umur aku belasan tahun agak kucar kacir.
dalam 3 tahun ni hidup aku tak terkawal. Aku pun dah penat hidup. sekarang aku kuat dengan baby ni ja..kalau aku takda Sapa nak tatang dia. ni pasal suami,anak4 dia….belum orang² kampung yang nak suami aku ada isteri baru yang macam arwah isteri dia
kakak dia yang nak aku masuk rumah dia buat macam rumah sendiri .maaf la mak aku tak ajar gitu..mandai² rumah orang..abang dia yang persoal aku tak buat air masa dia buat rumah..hurmmm macam² lagi la..penat aku nak taip