Assalam min comel. Hide profile aku ye. Aku ni silent reader kat sini. Tapi kalau aku geram sangat bila baca cerita kat sini aku komen gak.. hahaha. Sejak PKP ni, byk masa pulak aku kat rumah. Sbb company aku work from home. Aku nak share citer aku sebenarnya as SINGLE MOTHER. 6 Aku dah 10 tahun bercerai. Anak2 semua ikut aku. Apa yang aku nak cakap sebenarnya. PILIHAN KITA DALAM HIDUP. Berkahwin dan berkeluarga itu adalah PILIHAN. Pasangan kita adalah PILIHAN. Berpisah juga PILIHAN.
Apa yang aku dapat simpulkan, dari cerita2 yang aku baca kat sini, masalah yang dihadapi terutama oleh kaum isteri adalah SAMA. Suami tak bertanggungjawab, tak bagi /tak cukup nafkah, masih serumah dengan mertuan/ipar duai, dah kahwin perangai mcm bujang etc. etc. Macam aku apabila aku apabila aku menghadapi masalah2 ini, aku cuba cope juga sampai beranak pihak. Tapi akhirnya aku surrender. Sebab aku tak tahu, aku tak boleh menang battle ni. Mental fizikal aku penat. Banyak hal dalam hidup aku tak boleh move on. tersangkut kat same point. Masing2 ada ego dan pendirian yang tak nak berubah mengikut perubahan hidup.
Yelah dulu ko bujang pastu ko dah berkahwin sekarang dah peranak pinak. Takkan perangai ko sama je kot? Kenapa aku MEMILIH untuk keluar dari perkahwinan? Sebab aku dah PENAT. Penat dengan urusan anak2 dan rumah tangga yang aku uruskan sorang2. PENAT asyik dipersalahkan tanpa melihat betapa struggle nya aku berusaha. PENAT dengan keadaan yang tiada perubahan ke arah kebaikan.
Ye betul aku ada rasa bersalah pada anak2 . kerana memusnahkan institusi keluarga mereka tetapi aku tak sanggup membiarkan anak2 membesar dengan melihat kami laki bini bergaduh hari2.
Setelah dicabar beberapa kali oleh ex aku untuk bercerai, aku pegi pejabat agama untuk failkan penceraian. Dia tak nak buat walaupun 80% punca adalah dia. Uurusan cerai dipermudahkan. Aku ingat lagi aku pernah kata pada ex aku. BUKTIKAN AWAK AKAN LEBIH BAIK TANPA SAYA. Fasa-fasa awal penceraian tidak la mudah. Long story short, kini aku sangat bahagia, happy dengan anak2, dimurahkan rezeki dan boleh buat apa2 sahaja yang aku suka. Subhana Allah tak boleh describe betapa happy & free aku sekarang.
PKP ini anak sekolah jauh2 semua depan mata. Alhamdulillah kami dah ada rumah sendiri tak pindah randah rumah sewa lagi, peti sejuk penuh. Nak makan apa aku cuba buatkan. Coklat, biskut, 0superRing. Internet, Netflix sume ada. Kena belajar online lap top printer ada. Tak ade barang, aku orderkan online. Subhana Allah Alhamdullillah aku betul2 bersyukur. Aku nak solat/mengaji ada masa. Aku tak terkejar2 urus kan rumah tangga mcm dulu. Aku rajin, aku kemas rumah. Aku malas besok lusa baru aku kemas.
Aku dah tak risau akan ada orang judge, marah, perli, bagi aku silent treatment dan buli aku lagi. I AM FREE.
Bila PKP ni , aku baca komen2 dari isteri tentang stress & masalah2 mereka. Aku jadi sedar betapa bertuah nya aku sekarang. Murung aku membacanya. Tapi perjalanan dan hidup seseorang tu tak sama. Aku doakan isteri2 sekalian tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup masing2. Perjalanann 10 tahun aku as a single mother bukan la semua nya indah. Boleh buat novel. Tapi aku yakin aku juga berhak bahagia dan aku tak akan berhenti berusaha. Untuk kaum wanita yang diluar sana sama ada bakal/ibu tunggal aku share sedikit PANDUAN aku dan PEMERHATIAN aku bila jadi ibu tunggal ini:
Aku nak pesan, Jadi perempuan kena BEKERJA. Aku merayu pompuan2 yang mak bapak dah anta ko belajar tinggi2 tu. Tolong la bekerja. Jangan cair sangat bila laki ko rayu suruh berenti keje kata dia boleh support. Kalau susah dapat keje, buat la apa2 baker ke, online ke, ajar tuition ke. Jangan bergantung sangat pada suami dan harap rumah tangga ko tu bahagia ke anak cucu. SOLAT & DOA jangan tinggal. Aku akui dulu aku tak solat. Tapi ALLAH Maha Pengasih Maha Penyayang. Dia bagi aku rezeki dan permudahkan urusan aku. Kadang2 aku terfikir kalau dari dulu aku solat mungkin hidup aku tidak seperti hari ini. Aku bertaubat dan aku cuba menjadi hambaNya yang lebih baik . amalkan baca yassin surah waqiah untuk murah rezeki
Kena ADA SIMPANAN. Kalau boleh korang buat la simpanan sendiri. Yang tak ade sesapa tahu. Tak banyak sikit pun takpe 2-3 ratus duit 50 ringgit pun duit daripada takde langsung. Perempuan ni bila da sayang, segala nya dikorbankan. Akhirnya dia sendiri terkor ban. Jadi bijak sikit. Jangan kasihan sangat dengan suami, BIRTH CONTROL. Bab ni aku tak boleh nak komen sangat. Sebab ini adalah rezeki. Tapi kalau ko dah nampak perangai buruk pasangan ko, baik ko mula merancang. Terutama kalau melibatkan kewangan. Ex aku dulu takde masalah kewangan sangat tapi tu pun aku control sebab nak jarak kan anak. Kasihankan la badan kita puan-puan. By the way, Klinik kerajaan ada sediakan ubat dan percuma.
Lepas bercerai jangan la sibuk nak KAHWIN BARU. Besarkan anak2 tu dulu. Ni tak baru bercerai sibuk ber social media. Tudung da jadi selendang nampak jambul. Upload status sendu. Tak lama nikah lagi. suami baru dera anak. Adoiiii. memang aku doakan ko dan laki baru ko masuk penjara dua2. kenapa la mcm tu.. kasihan kat anak2 dah la mak bapak bercerai.. aku mmg tak nak kahwin sbb satu aku serik dengan perangai lelaki kedua aku ada anak perempuan. Aku mmg tak percaya dengan bapa tiri ini. Sorry Tapi sekarang anak aku da besar. PILIHAN aku tetap tak nak kahwin lagi sebab aku enjoy sangat single life aku. lagi aku takut lelaki yang nak tumpang senang aku. maaf lah… setelah aku bersusah payah…
Jangan terjebak dosa besar Z1NA. Baik perempuan baik lelaki. Ia menyekat rezeki dan keberkatan hidup kita. Jangan terikut2 dengan trend. Ala biasa la tu… Tidak puan2. Saya berdoa kita sama2 dijauhkan dari musibah ini. Jika ada, segera bertaubat. Buat Solat taubat minta ampun dari Allah dan berikrar tidak akan menghampiri nya lagi, ERATKAN SILATURRAHIM. Dengan ahli keluarga dan rakan2 kita. Aku akui aku jadi introvert. Aku tak nak pegi kenduri kahwin sbb orang akan cakap aku janda. Orang akan perhatikan kita. Aku tak suka. Aku tak pegi. Tak kisah lah aku jadi introvert. Janji aku tak mengedik kat somed. Tapi dgn family aku buat sehabis baik aku. tolong mana yang boleh.
Jadi ibu tunggal sapa lagi kita nak minta tolong dan berharap kalau bukan dengan keluarga sendiri dan teman2 rapat? Panjang dah aku tulis. Sekali lagi aku katakan hidup ini adalah PILIHAN. Memilih untuk bersuami ada PAKEJnya. Menjadi ibu tunggal juga ada HARGAnya. Buat PILIHAN berdasarkan kemampuan kita untuk menghadapinya sepanjang hayat kita di bumi ini.
Sebelum terlupa, nak tahu apa jadi kat my ex husband ? Dari T20 dia kini dah tergolong dalam B40 dan menerima bantuan dari kerajaan. Tak lama. 3 bulan lepas bercerai satu demi satu perkara jadi kat dia. Aku nak bagi AMARAN kat para suami yang de ra /buli isteri mental dan fizikal isteri, yang tak bertanggungjawab. BALASAN tu ada, cepat atau lambat je. Jangan galak sangat buat isteri kamu mcm tu. Balasannya mungkin kamu akan tanggung sepanjang hayat. Selagi ada peluang perbetulkan kesalahan sikap kamu tu. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga kalian.
Aku doakan semoga kita semua dirahmati dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan sepanjang PKP ni. Stay home, stay safe, stay happy.