Salam admin, maaf saya terpaksa guna fake profile. Saya nak tanya pendapat. Saya berumur 26 tahun, dan suami 30 tahun. Kami berkenalan dari media social dan berkahwin atas dasar suka sama suka dalam tempoh yang singkat walaupun proses mengenali hati budi tak sepenuhnya.
Usia perkahwinan kami dah menginjak 5 tahun dan dikurniakan 4 orang anak. 3 tahun perkahwinan kami, kami adalah pasangan yang sangat bahagia. Suami mmg seorang yang sgt penyabar, tak pernah tinggi suara, tak pernah naik tangan dan rajin membantu di rumah.
Siap upah maid untuk bantu saya di rumah. Masuk tahun ke 4 saya mula tak bahagia bila suami dinaikkan pangkat kerana dia mula sibuk dengan kerja. Masa di rumah hanya 7 jam sahaja. Selebihnya kerja kerja kerja.
Bila saya marah die menangis minta ampun maaf dan berulang kali sebut pasal nak berubah tapi tetap sama dengan alasan nak cari duit tambahan lebih sebab anak semakin ramai. hati saya rasa mcm dirobek2. Hati saya jd tertutup terus buat suami.
Langsung hilang terus dan tiada perasaan cinta, kasih dan sayag. Saya jalani hidup mcm biasa sbgai isteri walaupun hati dh tak ada. Sekarang, hati saya terbuka untuk lelaki lain. Lelaki tu terima saya seadanya dan sanggup tuggu saya.
Masa saya banyak habis dengan lelaki tu walaupun kami tak pernah berjumpa langsung. Saya cintakan dan sayangkan lelaki tu sangat3. Suami tak tau tentang ni dan saya beberapa kali minta suami untuk lepaskan saya dengan alasan saya dah tak ada hati lagi dengan suami dan saya nak bina hidup baru dengan lelaki yang saya cinta.
Kami berhubungan seperti suami isteri, saling bertukar gambar yang tak sepatutnya dan on call setiap hari. Kami jugak ada plan untuk berjumpa dan bersama. Saya tau saya berdos4. Tapi saya tak bahagia dengan suami. Saya perlu kebahagiaan sendiri.
Semua benda saya terpaksa buat dengan suami sbb hati memang dah tak ada. Kadang bila saya terfikir pasal dosa, saya dah berusaha banyak kali untuk putuskan hubungan dengan lelaki tu. Tapi lelaki tu tetap tak nak tgglkn saya dan kami mcm dh terikat dengan janji untuk bersama. Apa yang perlu saya buat?