Admin. tlg siarkan kisah saya. Saya sudah berumah tangga dan dalam proses cerai. Saya ada masalah dengan suami orang. Setelah saya tau dia suami orang saya dah stop contact semua dan block no dia.
Saya fobia dengan dia dan wife dia. Tapi dia masih cari saya di tmpt keja disebabkan tempat keja nya dekat. Saya takut sangat sebab wifenya sangat garang dan asyik salahkan saya dalam hal ni yang mengatakan saya tergila2kan laki dia dan masih back up suami nya.
Masalahnya wife dia ug0t untuk buat kecoh tempat keja saya sedangkan saya tak kisah langsung pasal suami dia. Sebelum ni saya tak tau dia suami orang. Saya menyenangi dia sebagai kawan sebelum ini dn pernah membantu dia dr segi kewangan.
Memang saya ada menaruh hati padanya sblm ni. Tapi setelah peristiwa itu saya serik dan tak nak teruskan lagi. Bagaimana saya nak terangkan pd wife dia yang saya tak nak pon suaminya. Tapi dia tak percaya.
Saya memang nak elakkan dan tak nak suami orang. Tapi wife dia masih tak percaya saya. Huhu. Stress betul, agak sukar bg saya sebab tempat keja km dekat. dan laki itu masih mencari saya. Susah untuk saya mohon pindh tempat lain..