Saya seorang isteri.. Saya dah berkahwin dengan seorg duda anak seorg anak bersama ex wife, dulu ex nya yang nak bercerai sebab tak nak bermadu, tapi kenapa sekarang dia mahu balik bersama suami saya?
suami warga malaysia suami saya keje biasa aja tapi dia dah ade rumah sendiri dengan perlengkapan semua dari dia bujang lagi sebelum berkahwin dengan ex wife atau pun dengan saya.
Saya pula dahulu adalah maid suami dan isterinya. Okla cerita nye macam ni min.
Masalahnya suami beritahu yang dia nak kahwin semula dengan ex wife dia dengan alasan kesian anak nye.
Saya ikutkn kata suami walaupun saya rasa sakit. Tapi yang lebih sakit nye suami beritahu yang saya kena berpindah dari rumah yang saya duduk sekarang…
Selepas diorang berkahwin semula Suami nak bawa balik ex wife dia tinggal dirumah ni ya allah hanya jer yang tahu perasaan saya sekarang min. Dan suami akan cari rumah lain untuk saya.
Walaupun dia cari rumah lain tapi hati saya terasa sakit. Kenape tak ex wife dia jer yang cari rumah lain. Tapi tak ape lah walaupun hati menangis tapi saya berpura2 ok dan tahan kesakitan.
Nak je suruh suami pilih saya atau perempuan tu. hubungan saya dengan family suami sangat baik. Ayah ibu mertua saya sangat baik memang saya dah sayangkan semua family dia.
Sebab family saya jauh. Untuk pengetahuan rancangan suami nak berkahwin semula dengan ex wife ayah ibu mertua saya tak tahu dengan adik beradiknyer (suami anak sulung).
Family saya di seberang pun tak tahu sebab tak nak dior risaukan saya. Maafkn saya addmin ayat bertaburan maklum lah saya asal seberang bahasa agak lain dan bukan niat saya nak aibkn suami or ex wife dia.
Saya cuba simpan tapi hati saya terasa sakit. Terima kasih admin lagi sekali tolong sembunyikn fb saya yer wassalam.. Jadi saya nak tanya pendapat dalm ni perlu ke saya berpindah?
Tipulah kalau saya tak rasa sakit hati dan sedih sejujurnya saya sangat terkilan.. Kalau puan2 smua kat tmpat saya apa yang puan2 lakukan?