Assalamualaikum min,terima kasih kerana menyiar kan luahan aku ..
Dkt sini aku sekadar meluah kan perasaan kecewa aku dkt mak aku,dan aku berharap sesiapa yg mengenali mak aku blh menasihati .
Tanggal 20 February 2020 mak aku melangsung kn perkahwinan di luar negara dgn lelaki pilihan nya,iaitu suami org. pada awal perkahwinan mereka,mereka nmpk nmpk bahagia,sehingga Pkp dilaksana kan. Ekonomi sedikit terjejas buat pengetahuan semua mak aku baru mengeluar kn duit epf ..
segala gala urusan rumahtgga mak aku yg urus kan termasuk la belanjawan isteri pertama. mak aku bekerja manakala isteri pertama plk tidak bekerja walaupun usia nya masih muda. pokok pangkal,mmg isteri pertama mmg bertuah dr segi segala nya..
kereta,duit,semua hasil dr suami dan mak aku. silap nya mak pnh buat perjanjian dgn suami baru nya ,yg dia akn membantu dr segala hal termasuk la segala perbelanjaan isteri pertama….kesian kan mak aku …
Aku merupa kan pelajar UITM …manakala adik aku br berusia 13 thn ..kami yg dulu nya mmg tinggal bersama mak …tp sejak kemerosotan ekonomi mak aku telah menyerah kn hak penjagaan adk aku dkt bapak aku …selama ini kami bahagia tggl bersama…tp di sebab kan bapa tiri dan mak bergaduh besar yg dia tknk jg adk aku
Bukan tggjwb bapak tiri katanya … kesian adik aku terpaksa berpisah dgn mak aku. Tinggal la mak aku dkt umh seorang diri bila tiba giliran isteri pertama,aku sedih,tapi itu pilihan dia…itu yg dia mahu kan,puas kami ank2 termasuk adk brdk mak aku menghalang perkahwinan ini…
Suatu hari mak aku dgn suami nya kena kuarantin krn masing² dijangkiti COVID-19… suami mak aku kuarantin dirumah isteri pertama,manakala mak aku di biar kan terkapai² sendiri,aku ketika itu mmg tk pernah masuk dapur,mmg kami adk brdk tak pernah membantu segala urusan rumahtgga sehingga mak aku sakit pun aku nk grg telur utk mak aku mkn pun aku tidak pandai.
Suami baru mak aku pulak bila demam atau sakit ,peel dia mesti nk duduk rumah isteri pertama..sbb kata nya hanya isteri pertama nya sahaja yg tau jg bila masa dia sakit…mak aku di biar kn sendiri sepanjang tempoh tersebut.
Setelah tamat tempoh kuarantin, mereka ank brnk blh pergi bercuti.
mak aku di biar kan…kadang aku sebagai ank sedih,tapi itu pilihan mak aku bak kata bapa kandung aku….biar la mak aku yg makan hati…sbb itu pilihan dia sendiri… kesian kan….
Aku syak mak aku kahwin dgn suami baru nya dgn cara tidak elok,sbb satu hari mak aku pernah terkantoi dgn aku dan kakak aku …Kami telah menjumpai satu bungkusan berwarna kuning di dlm bantal bapak tiri aku..
pada masa tu kami sama² membantu sanitize bilik mak aku… sebagai ank,aku sedih dgn tindakkan bdo yg mak aku lakukan…demi cinta seorang lelaki,lelaki yg tiada apa²…yg dulu nya sblm berkahwin cuma ada kereta kecik shj..
tp sejak berkahwin dgn mak aku… mereka telah membeli kereta mpv baru ..Dan kereta tersebut bapak tiri aku yg guna,sdg kn mak aku hanya guna saga lama…
Masuk shj bln April 2022, tempat kerja mak dan bapak tiri aku mengalami sedikit kerugian,semua ni berpunca dr silap yg dtg dr mak aku sendiri…diorg terpaksa diberikan notis bercuti tanpa gaji..ada la sedikit usaha mereka suami isteri mencari kerja di tempat lain… Alhamdulillah dpt kerja walaupun msg² dpt gaji tk sm dgn tempat lama.
Masalahnya sekarang sekali lagi mak aku buat perkara aku amat gram dimana segala barang kemas hbs di gadai kn demi cinta yg teramat sgt dkt bapak tiri aku… kalau la nenek dan atuk aku ada lg,pasti mak aku kena marah…
Mak aku di guna kan hanya sebagai ATM dkt bapak tiri aku. mungkin ini balasan apa yg mak aku dh buat dkt isteri pertama bapak tiri aku. menganiaya kehidupan rumahtgga mereka,guna kan ilmu
utk mendapat kan kasih syg lelaki …
Aku kecewa teramat sgt dgn mak aku.. adk aku terpisah dr mak aku …tp itu semua aku jd kan pengajaran…dkt sini aku mahu kan pendapat dr semua pembaca…apa yg perlu aku lakukan lg .