Assalamualaikum min.. mohon hide Fb saya. Saya masih isteri orang berusia 26 tahun dan mempunyai 3 orang anak. . Suami hilang entah kemana ketika usia kandungan 8 bulan dan sekarang hidup saya dan Anak² menumpang berteduh kat rmh ibu tiri saya.
Saya tidak bekerja sejak ditinggalkan saya Tengah sarat mengandung dan Sampai saya bersalin tetap tak kerja. anak paling kecik nyusu bdan.. segala perbelanjaan saya dan Anak² saya dapat Dr bntuan Jkm sebulan rm200.
segala persekolahan anak dan makanan pakai pampes semua berharap duit dr Jkm Bg. Dengar cerita suami saya pergi ke negara seberang tapi saya tak tahu dia ke mana. Menghilang tanpa sebab dan tanpa jejak. Keluarga dan kawan kawannnya pun tidak tahu dia dimana.
Saya dah g failkan permohonan tuntutan nafkah anak² Dari tahun 2017.. setiap kali bicara 10 kali dia lgsung tak hadir dan tak bagi kerjasama.. malah saya kalah dalam menuntut hak nafkah anak² disebabkan dia tdk dapat dikesan.
Waran tangkap pun dikeluarkan Tapi tidak dapat dikesan. Saya takdpt buat buat apa-apa lg selain berdoa semoga dia terbuka pintu hati untuk bertanggungjawab terhadp anak² kami..
Masalahnya sekarang saya ada mengenali seorang lelaki yang masih teruna dan kami sudah pernah terlanjur. beza umur kami hanya setahun sahaja . dia dah datang jumpa dengan abah ma saya untuk mintak izin berkenalan dan ambik saya jadi isteri nya.. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT..
Tapi disebaliknya. keluarga sebelah nya tidak suka kan saya dsebabkn saya masih isteri orang dan ada anak. dan Mak dia dah ada calon lain.. mereka memang rapat Sebab dah sethun mengenali Tapi bakal suami saya tu langsung tidak sukakan nya. disebab bakal suami saya smpaikan hasrat untuk menikahi saya.
Mak nya. Kak dan adik bgsunya menentang Smpai thn tidak bagi dia berkwen dengan saya. pilihan mereka tu non muslim tu anak dara dan Anak ore kaya. Sedangkan saya. Saya takde harta atau benda. Yang btl² saya ada adalah anak² saya shaja kt dunia ni.Bakal suami saya tu nekad nak nikah juga dengan saya.
tapi dihalang oleh kaknya.. sepatutnya bakal suami saya kursus kwen hari ni dan esk Tapi kak nya salah guna kuasa dsebabkn Kak nya penolong pegawai penguatkuasa di pejabat agama lalu membatalkan nama dlm list kursus kwen pd hari ni. dan Kak nya dh Bg am4ran.. segala permohonan nikah dia tidak akan lulus kan.
termsuk permohonan nikah luar negeri.. kami bukan satu negeri.. Abang² kepada suami dahulu pun nikah semua Mak dia takbersetuju jua Tapi Alhamdulillah skg semua baik-baik sahaja. dan yang mjdi mslh Bg bakal suami saya ialah Mak dia ugt dia.
kli nak jugak nikah saya. smpai bila² Mak akn terasa dengan dia sebab bakal suami saya itu adalah anak bongsu Lelaki.. nak nak dia anak lelaki. Syurga bakal suami saya tu ada pada Mak nya.
Apa yang harus saya buat.. sedangkan bakal suami saya mtk saya sokong dia walaupun dia sdri bakal melukakan hati Mak dia. Saya takut rezeki bakal suami saya tidak berkat nanti. dan saya tkt kehilangan bakal suami saya. Sebab saya btl² sayangkn dia kerana Allah taala..
Alhamdulillah belah fmly saya tiada masalah. cuma belah bakal suami saya je yang bermasalah..skg ni bakal suami saya sedang memujuk Mak nya untuk kali terakhir ttg kami nak nikah..kami mampu iktiar dan bdoa agar pintu hati Mak nya dpt menerima saya sebabgai menantu nya.
Tolong doakan saya semua semoga saya tabah. kuat lalui ujian dan dugaan Dr Allah SWT untuk saya kali ni. Saya dh lama dan dh jemu hdp mderita. Salah ke saya nak merasai kebahagiaan yang sebenar nya. dan memiliki suami dicc saya. dan Anak² saya menumpang kasih sayang Dr seorng ayah tiri.
Saya tak kuat rasanya. tapi saya perlu berpura-pura kuat untuk sokong dr belakang kt bakal suami saya. saya terpaksa menangis sayap2 Sebab saya dh takde tmpt nak meluah.. takmgkin saya nak meluah kf fmly saya..
tkt kemudian hari apa pndengan fmly saya kt fmly bakal suami saya nanti. doakan saya dan anak² saya kuat ya semua..terima kasih atas luahkan masa membaca coretan hidup saya yang penuh penderitaan. maafkan saya andai ada salah ejaan atau bahasa yang tidak sgaja saya luahkan. Assalamualaikum. insan yang hin4