assamualaikum. Aku ada nak luah perasaan dalam ni. Aku sebagai lelaki dan suami pada seorang perempuan yang bernama nur. Sebelum ni aku bahagia dengan bini aku. Aku kerja driver lori.
selalu bini aku ikot aku hantar trip jauh2. Sejak dia melahirkan anak dia dah tak ikot sebab payah dengan anak katanya. Jadi aku cari kelindan lelaki. Kelindan lelaki aku selalu buat hal. bila aku ajak hantar trip jauh macam2 alasan dia bagi.
budak2 biasa lah. last2 aku tnya kawan2 aku. kawan aku cadangkan cari perempuan yang boleh ikot pi jauh hilang sikit mengantok katanya jadi kawan aku bagi nombor sorang perempuan ni.
Bila jumpa dia terus setuju. sejak dari tu aku tewas dengan god4an dia. mata memang tak ngantok tapi duit aku banyak abis kat dia. dekat bini aku jarang aku bagi duit. tapi bini aku pandai buat duit. Jual kuih dan online.
Masalahnya sekarang bini aku dapat tahu aku ada perempuan lain sebab masa aku balik dia masuk dalam lori aku. macam2 barang perempuan tu dia jumpa termasuk baju. bini aku nangis2 dan mintak cerai.
dia cakap dia kecewa dengan aku. dan suruh nikah dengan perempuan tu. memang tak la aku nak nikah dengan perempuan tu sebab aku cuma nak suka2 bukan nak ambik wat bini.
Maka bermula lah episod ht4m dalam hidup aku, sekarang bini aku langsung taknak ambik tahu pasal makan minum aku duit aku bagi pun dia lemp4r balik atas muka aku.
banyak kali dia buat macam tu last2 aku masuk akaun bank dia. Sebulan lepas dia tahu pasal aku dia mula berubah selalu dengan hp dan asyik senyum sorang2 bila aku siasat rupanya isteri aku ada hubungan dengan perempuan. Allah. rasa nak ggur j4ntung aku nih.
Macam mana bini aku boleh suka benda ni.. aku puas nasihat dan marah dua2 tapi bini aku tak endah. last2 aku tak tau nak buat apa aku tmpr bini aku. bini aku nangis2 dia cakap dia nak balas apa yg aku buat kat dia sebelum ni.
abang dah taubat sayang tak nak buat benda tu. Tapi dah terlambat dah seminggu bini aku tak balik2 rumah lepas aku t4mp4r dia.
kalau isteri saya ada baca post ni abang merayu tolong balik kepangkuan abang. Abang rindu sayang aabang rindu anak. abang janji dan sumpah takkan ulang lagi perkara lalu