hi assalamualaikum krt, boleh tak siarkan kisah saya? mohon hidekan nama ye, saya guna fb anak sedara saya. saya baru berkahwin pada bulan 4 tahun lepas, perkahwinan kami masih baru and tak sampai setahun.
yang saya peliknya kenapa suami saya macam kurang nak berhubungan badan dengan saya. kalau dua minggu tu boleh dikatakan sekali dua kali macam tu, dua kali tu jarang sangat la biasa sekali. saya pelik sangat2, sebab kalau nak diikutkan dia masih muda umo 20-an, dia sebaya saya.
Masalahnya kalau lelaki teruna yang tak penah kawen mesti akan kuat sikit n4fsu tapi kisahnya suami saya lain. btw, saya janda anak satu. kami acap kali gaduh disebabkan benda ni, saya mintak tapi dia susah nak kasi.
Saya tak faham apa kurangnya saya. nak cakap saya h0d0, ramai jugak yang cuba ngorat saya. kalau laki mi4ng pulak adala yang siul siul cakap body saya elok. saya nak tanya warga krt, normal ke suami saya begitu?
saya risau takut dia ada penyakit ke kena buatan orang ke. dosa tak kalau suami jarang2 tunaikan nafkah b4tin pada isteri, saya nak ceramah dia biasa dia je yang selalu ceramah saya.