salam admin. mohon siarkan soalan saya.
saya seorang wanita, sudah berkahwin 4tahun & mempunyai anak dan juga sedang pregnant. saya dah buat kesilapan yg sangat besar dalam hidup saya.
saya perlukan nasihat & pendapat semua.
pada awal perkahwinan saya (3tahun lepas) saya dah buat 1 kesalahan dan dosa terhadap suami saya.
Kisahnya saya dapat msg dari ex katanya nak jumpa untuk kali terakhir dan ade benda dia nak bincang dengan saya. saya setuju untuk berjumpa ex tanpa pengetahuan suami saya. (suami outstation)
silap saya, saya jumpa ex didalam kereta sebab dia kata sekejap saja nak jumpa saya. jadi saya pun setuju untuk jumpa dalam kereta saje.
Masalahnya dalam tengah bincang tu ex saya dengan berani menc¡um saya tetapi tidak sampai b£rzin4 dan saya ketika tu terkejut tapi tak buat apa2. hanya berdiam diri tetapi saya sedar yang saya dah buat silap dan cepat2 pergi dari situ.
lepas kejadian tu saya sangat menyesal dgn apa yg saya dah buat. saya taubat & tak pernah berhubung dengan ex lagi. saya mohon ampun pada suami tanpa jelaskan dosa saya pada suami. Sekarang sudah 3 tahun berlalu. saya masih dihantui dengan perasaan berdosa dan bersalah pada suami.
Walaupun sudah 3 tahun berlalu, tapi Harini saya mohon ampun lagi pada suami, saya bagitahu saya berdosa pada dia, saya tak jaga maruah saya & suami. saya tak jaga diri saya. tapi masih tak jelaskan apa yg terjadi dulu.
Suami cakap pada saya “kalau awak tak selesa nak jujur tak apa, saya dah maafkan awak. mana yg awak selesa, sama ada jujur atau tak” tapi saya masih tak tenang. Perlu ke saya jujur je pada suami ?? suami saya sangat baik. saya berdosa pada dia. Mohon nasihat untuk saya. TQ