Salam admin, macam biasa hidenkan profile saya ya. Saya tahu post ini memang akan minta di kec4m ini tapi saya tetap nak meluah untuk pengajaran warga krt.
Saya merupakan seorang suri rumah sudah berkahwin 2 tahun sudah anak seorang puteri sudah setahun 1 bulan. Suami saya memang seorang yang tersangat baik tidak pernah abaikan tanggungjawab sebagai suami.
Makan, pakai, tempat tinggal dan nafkah semua lengkap tapi saya yang bermasalah kerana sampai sekarang saya tidak boleh lupakan ex-bf saya walaupun sudah 6 tahun masa berlalu.
Masalahnya bila Kekadang saya tengok profile fb dia terkenang kenangan manis dulu masa Kenangan kami bersama harungi bersama sampai tahap bersama suami saya terbayangkan dia.
Dia ajar saya naik kereta dia sampai langg4r lori parking dia tidak marah, and sampai saya pandai dia ajar bawa kereta tidak pernah give up. Kalau saya bajet tidak cukup dia akan support apa yang mampu..
Dia memang baik tapi perangai dia agak jealous sampai saya berkawan dengan group perempuan pun dia marah marah apatah lagi lelaki kan. Dia agak baran then pernah dia t4mpr saya sekali kerana saya tidak jawab soalan dia tanya.
Sejak itu saya jadi tawar hati tapi time itu masih ada sayang sebab dia first love saya. Reason break up pun sebab dia hendak sambung belajar degree and tinggalkan saya macam begitu saja.
Memang betullah orang cakap sekali menyayangi orang seumur hidup merana. Setiap kali mimpi tentang ex-bf mesti menitis air mata. Then cepat2 sapu mahu peluk suami dalam hati mesti cakap sayang minta maaf abang kerana tidak pernah jadi isteri yang baik.
Wahai warga KRT macam manalah cara hendak campak kenangan tu jauh2. Saya memerlukan sokongan anda semua. Terima kasih admin.