Assalamualaikum min.. Tolong hide profile saya.. Saya nak tanya sama ada ni k4rm4 buat saya. Ceritanya dulu sebelum berkahwin saya pernah ada hubungan hingga terlanjur dengan lelaki yang mengaku bujang. Hubungan kami tak lama hanya berjalan 2 minggu.
Hubungan kami putus di sebab kan ada seorang perempuan call saya yang mengaku sebagai isteri kepada lelaki tu. Sedangkan saya tahu yang lelaki tu masih bujang dan pada akhirnya saya minta untuk dia buat pilihan saya atau isteri dia.
Ternyata dia lebih memilih isteri nya. Sedangkan saya dah terlanjur dengan lelaki tu. Tapi saya coba untuk tetap ingin bersama lelaki tu dan sanggup jadi yang kedua. Tapi dia tetap tak layan saya.
Saya mengalah dan tak nak kacau dia orang lagi. Selepas 2 tahun saya coba buat tak nak ingat dia lagi. Saya jumpa dengan seorang lelaki yang betul2 masih single.. Kami berkenalan dalam masa 2 bulan trus kahwin.
Selepas kami berkahwin rumah tangga saya tak bahagia kerana suami selalu ungkit masa lalu saya dengan bekas kekasih. Dia dapat tahu semua bekas kekasih sebab ada orang yang tak puas hati kat saya..
Sampai sanggup bagi tahu semua benda pasal saya kat suami saya sama ada tu betul ke tak dia tak nak coba cari tau dan selalu berkasar dengan saya.. Sampai lah ada orang ketiga dalam rumah tangga kami dan suami lebih pilih pompuan tu..
sanggup ceraikan saya demi perempuan tu. Rumahtangga kami baru berjalan 8 bulan tp dia lebih pilih lepas kn saya..
Masalahnya baru2 ni bekas kekasih ada menghubungi saya dah menyatakan kalau hubungan mereka suami isteri sudah tidak dapat diselamatkan.
Dia asyik mengatakan kalau dia rindu layanan saya yang terbaik. Bukan seperti isterinya. Apa perlu saya buat? Salah ke saya terima dia kembali?