Salam min. aku nak meluah. btw aku belum kawen lg. nak bagitahu tak semua orang ketiga tu salah sepenuhnya. kadang2 isteri kena tanya jugak suami sendiri jangan terus nK salahkan pihak ketiga secara semborono.
aku mangsa keadaan, sorang lelaki berstatus suami orang suka sangat ganggu aku walaupun aku dah warning dan blok no phone dan juga media sosial dia. tapi ada saja cara dia nak cari aku.
Masalahnya aku tahu wife dia ada save no phone aku sampaikan kadang2 aku rasa nak hantar bukti2 yg suami dia kacau aku tapi aku tak sampai hati takut timbul masalah lebih besar dan jd punca kemusnahan rumahtangga mereka.
sekarang nama aku dah buruk sedangkan aku mangsa. Aku yang kena ganggu tapi aku yg disalahkan. Jahatnya lelaki ni dia sanggup burukkan wife dia semata2 nak aku simpati pada dia. Kadang2 aku nak je doa yg buruk2 biar dia rasa apa yg aku rasa.
Dulu sebelum kawen layan aku macam sampah, pinjam duit aku, keluar makan aku yg bayar. suka marah aku, hina aku macam2. Bila aku undur diri dia terus cari yg baru(wife dia skrg).
Bila dekat2 nak kawen tula dia mula cari aku, katanya bakal wife dia ada j4ntan lain, tak dengar kata dan mcm2 lagi lah.
Masa tu dia tanya aku nak tak jd wife dia. aku tolak secara baik dan aku cakap aku dah ada boyfriend (aku tipu dia sbb xnak dia ganggu).
Xlama lpas tu dia kawen dgn wife dia skrg dan still cari aku lg. Katanya sunyi sbb diorang PJJ.
Entahlah min, aku pun xtahu dah nk buat apa lg. cuma sedih terlalu lama dipermainkan oleh orang yg pernah kita sayang dulu.
Semoga Allah bagi dia hidayah dan jaga fmily dia baik2.. btw dia kawen dgn janda anak 3.