Salam min. Org lain mungkin asyik mimpi pasangan curang. Aku lak sebaliknya min. Kenapa aku selalu mimpi aku yg curang. Mcm biasa, mesti mimpi kan firstlove aku, dia dah kwin min, aku pun dah kwin dekat 10tahun dah. Tapi mimpi ni asyik datang.
Kadang aku terkejut bila tersedar, sbb aku tak fikir pasal dia pun, tengok dia pun tidak, tapi tetiba dia muncul dlm mimpi. Benda sma je berulang. Dia asyik ckp dia tunggu aku min. Semalam aku mmpi tanpa suara, tapi dia kira mcm tunjuk tanda, dia sedang kejar aku dan tunggu aku, siap beli 1pasang benda berbentuk love, dia bagi aku sparuh,
dia sparuh dan tunjuk gaya bahawa love tersebut akan bercantum satu hari nnti. Aku dari dlm mimpi lagi duk rasa bersalah sbb aku mcm tau aku isteri org, cuma aku takleh kawal gerak aku dlm mimpi tu. Seolah aku terpaksa akur dgn ape yg terjadi.
Dulu2 aku penah juga mimpi dia dtg dan bagitau dia akan tunggu aku smpai bila2. Kenapa ye jadi mcm ni.. Aku jadi srabut min sbb aku ni bini org. Walau itu hanya mimpi, betol2 buat otak aku ni stress.. Err..
Masalahnya aku penah berbincang tentang benda ni dgn laki aku tapi kesudahannya kami bergaduh besar min. Sbb laki aku mmg kuat cemburu, dia salahkan aku sbb duk ingt aku ni syg kan ex aku tu, sbb tu asyik mimpi. Sedih min sbb suami tak paham..
Dia ingt aku nk ke jadi mcm ni? Jadi bila aku tahu suami aku mcm tu, tiap kali aku mimpi ex aku, aku terdetik nk meluah pada org lain.. Nk bagitau juga mimpi aku, aku perlukan kata2 semangat min. Mungkin org akan cakap, “mimpi mainan tidur”, “abaikan je, takyah nk fikir2”.
Org lain blh ckp mcm tu min. Tapi ianya suatu benda yg menyerabutkan kepala aku ni min.. Asyik terfikir je. Sbb benda2 camni juga timbul syak wasangka dlm diri aku ni min, hati jahat aku mula keluar. Aku asyik duk syak yg ex aku tu b0m0kan aku min..
Jahat nya aku kan. Entah2 dia sedang bahagia dgn wife dia, lansung tak fikir sal aku ni. Tapi tu la.. Aku je yg fikir lebih2. Dah tu dia asyik muncul dlm mimpi aku. Tolong aku min.. Ape aku nk buat..