Assalam min, terima kasih kerana sudi siarkan luahan saya. Minta jasa baik min hide kan profile ni. Saya sebenarnya disamping meluah, saya nak dapatkan tunjuk ajar dan pandangan dari warga krt yang lebih berpengalaman. Saya baru lagi dalam alam perkahwinan ni, bulan ni baru nak masuk 8 bulan.
1. Semenjak masuk alam perkahwinan ni, jujurnya saya rasa hidup saya sgt serabut dan stress. Mana taknya, kami kerap sgt bergaduh. Kami tinggal di rumah keluarga saya, jadi bila jadi pergaduhan memang semua ahli keluarga akan tahu dan dengar. Pernah cakap saya nak duduk menyewa diluar.
Tapi dia selalu tangguhkan macam tak ada apa. Bukan saya tak faham dia sekarang pun tgh struggle. Saya siap bagi tahu lagi tak apa lah deposit saya akan bayarkan, tapi dia minta kita berpindah ke rumah keluarga dia pulak. Saya memang tak setuju, sebab niat saya nak pindah saya nak privacy. dan sampai sekarang dia langsung tak endahkan apa yang saya nak.
2. Masalahnnya Baru2 ni kami bergaduh besar lagi gara2 saya tegur dia kenapa like follow perempuan s€xy yang dok tayang sana sini dalam media social? Saya cakap dgn dia macam ni ke yang dia harapkan trust dalam hubungan sedangkan dia tak berusaha kawal n4fsu pandangan dia.
Dia boleh jawab bnda sekecill ni perlu ke dijadikan isu. Memang sebelum kahwin lagi kami pernah bergaduh isu ni tapi dia cakap dia takkan ulang lagi. Tapi entahla, dia bising pulak cakap kenapa saya suka2 cek phone dia. Over defensive dan tak boleh nak mengaku salah.
Itu baru dekat media social, belum lagi bila keluar sama2. Pantang nampak perempuan s£xy sikit / lawa, sampai nak kelu4r m4ta dia pandang. Sumpah meluat tgk perangai dia. Bila ditegur, dia cakap mana ada pandang lah itu lah ini lah. End up jadi gaduh, sebab dia tak salah.
3. Bab nafkah, alhamdulillah dia tak lupa untuk beri pada saya setiap bulan walaupun tak banyak. Dia juga selalu belanja makan diluar, dan kadang2 saya rasa bersalah saya akan belanja dia pula makan.
Yes, give dan take. Tapi apa yang buat saya terasa hati, yela kadang2 tak ada lauk dirumah saya, dia dah siap2 makan dirumah parents nya sebelum balik ke rumah saya. Dia pun tak pernah beli barang dapur dan kadang tu rasa segan juga dgn ahli keluarga kerana dia tak boleh nak membantu.
Pernah juga dia cakap dengan saya” awak goreng telur je macam mana nak selera” terkilan saya dengar. Bila saya tegur, dia cakap saya mngungkit dan kesudahannya dia tak nak makan langsung dirumah saya. Korang boleh rasa ke macam mana saya rasa? Tersepit, stress dan serabut.
4. Dia juga bukan seorang yang mudah bergaul. Dengan ibu bapa saya, adik beradik dia tak boleh nak layan macam ahli keluarga sendiri. Ibu saya pun pernah terasa hati dgn cara layanan dia. Sumpah saya sedih.
Saya berusaha untuk layan family dia dah macam family sendiri, tapi dia? Bab ni jangan cakap saya tak pernah tegur. Dah bnyak kali saya pesan, anggaplah keluarga saya ni macam keluarga awak. Tapi tula, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Entah kenapa saya rasa macam menyesal kahwin pun ada, tak kahwin lagi bagus. Harap warga krt dapat beri pandangan yang positif untuk saya terus sabar dalam rumahtangga ni. Terima kasih.