Assalamualaikum semua. suami saya nak lepaskan saya sebab suami ada perempuan lain dan tawar hati pada saya katanya. Saya rela dimadukan tapi dia menolak.. apa yang boleh saya kata, saya dah berusaha sedaya upaya tapi tiada jalannya. Masalah sekarang saya memang tak boleh lupakan dia, pada setiap malam saya akan mimpikan dia dan setiap saat ternampak2 wajah dia sampai saya betul2 tertekan sekarang. Tengah2 bersembang pun saya boleh menangis rindukan dia. Allahu. berat ujiaan saya lalui
Nak cerita semua saya tak sanggup rasanya. dia suami yang baik. mungkin saya lah bukan isteri yang baik. bangun tidur saya meraung2 sampai family kena tenangkan. saya bukan tak dekatkan diri dengan Allah. saya buat semua. siang malam saya mengadu dekat Allah tapi saya masih tak tenang.. saya dah lama tak bekerja.. ibu saya menangis2 merayu kat saya suruh kuat. saya cuba, bukan tak cuba. struggle sangat2. tapi kecundang. setiap hari saya tak boleh tidur, muntah, sakit kepala, murung. sampai mnggu ni saya kena refer psikiatri.
Saya start takut untuk hidup. untuk saya cerita terlalu panjang dan saya tak nak aibkan mana2 pihak. macam mana saya nak move on? Saya takut sangat jadi kemurungan/meroyan sebab saya ada anak yang perlukan kasih sayang saya. saya cuba untuk kuat tapi tak boleh. saya sekarang cari kerja untuk lupakan semua ni. tapi berat plak hati saya nak kerja sebab anak saya tak pernah berpisah dengan saya walaupun sekejap.
Allah, naluri ibu ni rasa sedih sangat nak tgk nanti anak meraung2 bila saya tinggal dia. tapi apakan daya, saya terpksa bekerja.. cuma saya tak tahu sampai bila saya kena lawan perasaan ni. dengan kehilangan suami, naluri ibu lagi.. Allah.. Saya menderita sangat saat ni sedangkan dia bahagiaa.. saya tak tahu sampai bila nak rasa tekanan perasaan ni n dapatkan rawatan psikiatri dan mulakan hidup baru..
Tak berdosa ke mereka buat saya macam ni? Mungkin seumur hidup saya akan rasa sakit ni, hadap terkenan perasaan ni dan mungkin sampai bila2 tiada yang sudi terima saya sebagai isteri. tolong laa bagi kata2 semangat untuk saya sebab saya rasa macam nak mati sekarang. saya masih waras sebab tengik wajah anak je.
Tolong laa perempuan yang single kat luar sana.. kalau boleh elakkan laa dari berhubungan dengan suami orang.. even dia ada masalah ke apa ke.. tolong laa jangan mulakan untuk bertanya itu itu. jangan buatkan diri tu tempat mengadu.. lelaki ni bila dia dapat bercinta semula memang akan excited. nak2 plak yang care pasal dia. so kalu tau dia laki orang, pleaseeeee jangan laa nak nasihat itu ink kat diaa. tau mngkin niat baik, tapi lama2 lain jadinya. Pleasee laa jaga hati kaum sendiri.. sebab kifarah tu ada, kita tak akan bahagia pun atas pnderitaan orang lain.. percayalaaa.
Awak boleh kawen dengan dia.. tapi belum tntu bahagia selamanya sebab Allah pasti balas balik apa awak buat pada kaum sejenis awak sendiri.. percayalah! Berbahagia awak hanya sekejap je nanti.. dan andailah si isteri/janda tu seumur hidup dia menderita.. meroyan.. menangis.. awak nak ke tanggung dosa tu seumur hidup awak? Tolong laa kaum sejenis ku. kasihani lah sesama kaum kita, jangan biarkan perempuan lain rasa.. sakit sgt.. struggle untuk move on.. tolong.