Assalamualaikum. Admin tolong up luahan hati dari insan bernama isteri. Assalamualaikum, saje nak meluah.
Aku sorang istri. Ibu sorang anak berusia setahun. Seorang suri rumah..
Aku nak kerja tapi tak sampai hati nak bagi anak untuk orang jaga. Kecik lagi memang aku sayang sangat anak aku. Sapa tak sayang anak kan. Menjadi suri rumah bukan mudah walaupon anak baru satu.
Semua kerja dari A to Z aku buat. Tak harap suami Karna aku tau suami memang tak kan tolong pon. Pernah satu hari aku rasa teramat letih,
Bukan letih badan letih hati, tetiba rasa nak nangis sebak kat dada, Aku tak basuh kain, tak lipat kain, ku biar dapor bersepa, Tapi tak de orang buat kerja-kerja tu atau nak tolong buat.. semua menjadi lebih sukar Karna kerja semakin banyak akibat merajuk aku.
Dan akhirnya aku sendiri yang kemas yang settle semua. Suami aku baik,
Hal dapor, rumah bil2 semua dia tanggung. alhamdulillah, Bab makan aku tak pernah kebulur. Alhamdulillah selalu ada barang untuk masak. Aku tak fikir nak cari apa kat kedai. Sebab suami aku yang beli semua barang, Ya suami aku tak bagi duit untuk beli barang atau bayar ini itu.
Semua dia yang settle. Aku cuma tau apa yg dia beli itu aku masak. Ye hanya bahan makanan je.. untuk aku, untuk aku tak ade. bila aku cakap nak ini itu nak makan ini itu. dengar tu ya, tapi tak akan di beli. Bukan nak benda mahal.. barang tak sampai rm5 pon tak akan beli bila itu permintaan untuk aku sendiri.. tapi bila aku minta bawang ke cili memang akan beli.
Aku kadang pon ada keinginan nak makan sesuatu tapi apa daya.. hanya mampu pendam je la. Suami aku. Bila ada duit lebih dia akan beli macam2 barang untuk dia. Kasut, jam, baju, seluar, untuk dia. Ya hanya untuk dia. bulan lepas birthday aku.
Masa birthday aku tu aku cuba kacau dia tanya tak nak belikan hadiah ke sebab aku tau dia tengah berduit tapi dia jawab bil2 banyak tak bayar. Dalam masa sama dia melayan Lazada. (Sebab dia layan Lazada la aku berani kacau2 tanya ada nak beli hadiah tak) dia tak de niat sebiji zara pon nak belikan aku hadiah walaupun pin tudung raga rm2.50 tapi dia boleh. Beli baju dan kasut beli topi untuk diri sendiri..
Bila aku minta cakap banyak bil belum di jelaskan. sedih. Kami menikah dah 3 thun.. dulu aku kerja kilang. Masa ngadung pon aku masih kerja. Dah sarat baru tak kerja.. 3kali raya bersama memang tak rasa dia beli baju untuk aku.
Raya tahun pertama aku beria beli sendiri ( yela baru kan nak tunjuk sedondon sangat aku kluar duit sendiri)
Raya tahun kedua aku dah tak kerja.. berharap ada la baju raya di beli.. tapi tak de.. alasan baju tahun lepas muat lagi
Raya tahun ke tiga. Raya dlm pkp. Bila aku tanya tak beli baju je.. dia jawab nak pegi mana time pkp(ok yg ni aku fhm) tp takat beli tudung rm10 pon tak de ke. Dan Hidup aku hanya di dalam rumah. Kluar mungkin sebulan sekali itu pun kalau ada.. itu pun pergi teman suami cari barang dapur pergi Tesco je.. aku tak rasa pon jalan2 macam orang2 tiap hunjung minggu, aku tak rasa jalan2 petang roud2 kawasan.. hidup aku dari pagi ke malam hingga pagi lagi hanya di rumah.. di dalam rumah.
Suami aku baik bukan kaki pukul,,
Ye suami aku memang pikul 100% tanggungjawab.. tapi untuk aku untuk aku hanya makan percuma je.. lain2 tak de… Kadang aku fikir makan tu upah aku masak kot. Tapi.. aku ada niaga online walau tak banyak dapat kadang sebulan rm10 pon jadi la untuk aku sendiri.. untuk beli apa ku nak. Semoga rezeki halal ku luas seluas lautan.