Assalamualaikum dan haii warga krt, saya nia umur 30 dan suami lie umur 35. Kami berkahwin atas dasar cinta hampir 8 tahun usia perkahwinan, kami dikurnakan 2 orang anak lelaki yang sulung umur 4 tahun yang kedua umur 2 tahun. Masalah kami bermula bila suami guna duit mil dia untuk bisnes modal rm1k tapi disebabkan duit tu aku dan keluarga aku dihina. mil aku baru kema tian suami baru2 nie (ayah tiri). mil dan fil dah lama bercerai (mil kawin fil tiri) / (fil kawin mil tiri). Sebenarnya hubungan kami mil tak pernah restu dari bertunang lagi die tak datang time kami bertunang, tapi sebelom kami kawin suami aku bawa aku jumpe mil untuk minta restu kmi datang die marah2 mak aku tuduh macam2 sampi suami aku tak tahan dan tarik aku ajak balik dan teruskan perkahwinan kami walaupun tanpa restu mil.
Bila tiba hari yang dinantikn kami diijabkabulkan mil akhirnya datang dimasjid aku bersyukur sangat saat itu akhirnya mil terima aku, aku happy sangat2 hanya Tuhan yang tahu. Bermula kenduri dipihak perempuan maksudnye kenduri belah aku disini cerita bermula waktu tetamu sedang menjamu selera rombongan belah lelaki datang dengan paluan kompang mak dan abah aku menyambut kedatangan keluarga sana dengan baik tiba2 je mil mengamok kononnya mak aku tak layan dia macam2 die tuduh mak aku depan orang kampung sampai angkat kerusi dan meja nak baling bila tak boleh trima nasihat orang. waktu tu aku dan hubby tak boleh buat ape2 kami kat meja beradap selepas selesai kami pergi berjumpa milp untuk mnta maaf pujuk die walaupun waktu tu aku dan suami rasa sedih + malu dengan semua orang macam2 perasaan bercampur baur hanya Tuhan yang tahu.. tapi ditolak mentah2 mil tetap marah padahal kami tak buat salah pun..
Ambil masa setahun juga baru baik tu pun still mil tak puas hati dengan aku marah aku pakai seluar kononnye aku pakai tak tutup aurat die paksa aku tukar seluar paki skirt labuh. 3 tahun perkahwinan kami tak de zuriat mil ak suruh hubby aku kawen lain dalam nada bergurau. Ditahun ke 4 aku baru disahkan hamil anak sulung. Ditahun ke6 aku disahkan hamil anak kedua kisah bermula aku tengah sarat mengandung waktu tu raya di kampung suami anak aku yang sulung tu hyperaktif jenis takduduk diam die kacau abang suami aku, abang suami aku badan berisi tak pakai baju anak aku pergi pegang ttek pacik die dan mil datang die (cakap dengan nada memerli aisy suka pegang tek mu sebab tek mu lagi besar dri tek mak die. Aku rasa malu sangat2 saggup dia aibkan aku sampi macam tu apa salah aku. Ya Allah. Sebenarnya anak aku jadi macam tu disebabkan die jugak sebab mama pernah mandi dengan anak aku, aku banyak kali bagithu suami jangan bagi mil mandikan anak tapi suami aku jenis biarkan ja. Sampi aku cakap kat suami tolomg la tegur jangan sampi aku pulak yang pergi tegur kang masam muka.
Lepas aku melahirkn anak no.2 anak aku yang kedua nie dah 2 tahun lebih tapi jenis diam kuramg keluar suara maksudnye jarang bercakap tapi tak pasal2 die cakap anak aku bisu ya Allah.
Baru2 nie disebabkn duit rm1k kisah bermula tu die whatsapp marah2 tuduh aku nie boros dan dia kata tiap kali flmy aku datang menziarah kami, suami aku akan over budget bulan padahal flmy aku bukan makan makanan yang mewah2 datang pun jarang2 sekali kecuali mak dan adik aku kerap datang tambah2 time cuti sekolah tapi setiap kali datang mak aku tak pernah pun membebanakan kmi kadang2 makan kt kedai belum sempat suami byr mak aku akan mendahului bayar. Mil aku tuduh aku nie tarik muka kt mummy papa pdhl mummy papa datang aku buat air dan masak, kalau btol aku tarik muka mesti ak tak buka pintu dan dok dlm bilik. Mil datang pun aku layan die elok2 dan masak walupn die sellau complain masakkn aku, aku takpernah pn tarik muka macam yang dia cakapkn. Serius aku btol takfhm ape yang die sakit hati sangat dengan aku. tegur tentang solat kami suami isteri die kata kmi taksolat pdhal kmi solat gilir2 dlm bilik smbil jaga anak tak kan tiap kali kami nak solat kene solat depan die baru die percaya. Erm.
(Then die pesan jangan dihalang mama pergi rumah anak mama), aku tahu aku nie hanya surirumah yang tak berkerja takde duit tapi die cakap macam aku nie takde hak langsumg dalam rumah tu padahal sebelum nak beli rumah die tak tahu betapa susahnya kami aku sanggup makan mggie kadang2 nsi gorang kosg nafkah keperluan aku pn aku takpernah mntk disebab kesian kan anak die.
suami aku seorang yang sangat baik, penyayang patuh kepada orang tua sebab tu aku akan sentiasa disisi dia. mil berduit, pemurah tapi kuat mengungkit, garang, panas baran pernah agkat meja bila pelayan kedai makan salah hantar air.. Untuk pengetahuan semua suami aku dah bayar pun duit mama rm1k dan bgi resit pembayaran, mil sikit pun tak mintak maaf apa yang dia kata kat aku dan rply whatsapp suami macam takde wt salah apa2. Sejak kejadian tu aku sampi sekarang selalu berasa sedih kadang2 menangis sendiri aku kecewa dengan diri aku penat bila kerap kali dihina sungguh kli nie aku sangat2 sakit takkuat selalu terfikir aku nie memang dilahirkan semata-mata untuk dihina ke apa salah aku?tak tahu nak luah pada sapa, sebab tu aku cerita disini harap sudi bg kata2 semangat untuk aku.