Salam Warga mak cik bawang.Admin hide profile ni aku tak tahu profile sapa sebab tengok ada dalam laptop.
Pos ni memang akan dapat kecaman tapi tolong bagi jalan macam mana nak handle perasaan menyesal aku ni mak cik oik. Kisahnya sudah agak lama aku stalk facebook ex aku melalui Facebook bini aku sebab bini aku frend dengan dia. Tapi aku tak cakap la dia ex aku. cuma cakap kawan sekolah ja.
Bila aku belek wall dia rasa menyesal pun ada sebab dulu aku curang dengan dia. Ingat ka nakal sifat ala ala kasar sikit ni tak pandai ke dapur. Rupanya tip top min. Jeles aku tengok. Hari hari pos masak yang sedap kuih muih kek. Mesti Bestkan Suami dia. balik kerja sentiasa ada makan. aku humm makan angin keluar asap. Bini aku lemah lembut tapi kelaut bab masakan. rajin dia masak la. malas tapau kedai ja.
Ex aku pun aaauumm lawa sekarang ni. masa dulu tak berapa sangat dan free hair bila tengok anak dia pun ramai sekarang dengar citer dah mengadung lagi sama dengan bini aku tu pun bini aku yg cakap. Bini aku anak seorang pun lintang pukang mengalahkan orang anak 10 tapi bila aku tengok ex aku mka terjaga rapi body pun perfect. tapi suami dia tak hensem pun kerja biasa ja
Tiba tiba timbul perasan jeles dan menyesal min nak mengorat balik dah tentu dia tak sudi sebab aku tahu dia jenis tak layan laki curang dan menipu.
Sebab dia pernah cakap sekali dah lud4h tak ingin jilat balik. Tapi malam malam dok terbayang. Tolong aku