assalamualaikum min dan warga krt. Tolong hide profile saye ye. saya tak tahu nak mula macam mne. saya suri rumah anak sorang, dan sekarang tengah mengandung anak kedua. Sejak dua bulan lepas hubungn kami laki bini ade masalah.
Kisahnya suami ade perempuan lain siap bawak balik rumah siap tido bersama didalam bilik saya siap pakai semua kelengkapan saya. Perkhawinan nak masuk lima tahun, baru saya tahu dia tak pernah cintakan saya,
dia sendiri mengaku perempuan tu bekas kekasih dia, dan dia masih sayang bekas kekasih dia, perkahwinan kami ni sekadar untuk dia lupakan kekasih dia saja. Saya tak sangka lelaki yang saya sayang tak pernah cintakan saya.
Dan sekrng kami tak duduk bersama sejak sebulan lepas, dia dengan family pun tak tahu saya mengandung, sebab masa dia dah keluar dari rumah, saya pun baru tahu saya pregnant.
saya buntu tak tahu nak buat ape, dia tknak berbincang, jumpa saya dan nak ceraikan saya. family saya dengn dia asyik salahkan saya dan cakap saya sengaja cari gaduh. Ape perlu saya buat. maaf kalau ayat berterabur,saya minta tolong jngn kecam saya, saya betul ii down.